Connect with us

Oh! Media

Ahli UMNO Diminta Bertenang – Tok Mat

Oh! Negara

Ahli UMNO Diminta Bertenang – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingkatkan Ahli UMNO untuk bertenang agar perjalanan proses perundangan terhadap Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjalan lancar.

ADVERTISEMENT

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Ahmad Zahid dan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap institusi awam.

“Sebagai ahli Umno…parti ini percaya terhadap institusi awam, jadi kita percaya bahawa pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mahkmah akan menjalankan tugas dgn profesional tanpa prejudis.

“Sebab itu saya harap agar ahli Umno bertenang dan biar proses perundangan ini berjalan kerana kita mesti percaya kepada institusi awam,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, tadi.

Tok Mat sebelum itu antara pimpinan tinggi Umno yang hadir menyatakan solidariti terhadap Ahmad Zahid yang dibicarakan atas dakwaan salah guna dana sebuah yayasan.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas