Connect with us

Ahli Parlimen Kudat Tidak Tepat, Pengarah UMS Sahkan Veveonah Mosibin Jalani Peperiksaan!

Oh! Tidak

Ahli Parlimen Kudat Tidak Tepat, Pengarah UMS Sahkan Veveonah Mosibin Jalani Peperiksaan!

Kecoh betul berita mengenai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul yang mendakwa video yang dimuatnaik oleh Veveonah Mosibin di laman Youtube menjawab peperiksaan di atas pokok adalah palsu.

Pada hari ini, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan selepas mengadakan perjumpaan dengan pengarah pusat asasi sains UMS dan timbalan naib canselor bahawa Veveonah menjalani peperiksaan akhir semester.

Peperiksaan akhir semester itu telah diadakan pada 9 hingga 12 Jun lalu dan ia memang benar Veveonah menjalani peperiksaan tersebut kerana dokumen juga telah ditunjukkan sebagai bukti. Sebelum ini, Parlimen Kudat iaitu Abdul Rahim Bakri mendakwa tiada peperiksaan akhir yang dilakukan secara atas talian yang disahkan oleh pihak UMS menerusi seorang dekan.

Namun, Masidi menjawab persoalan tersebut yang ia memang benar bagi kursus ijazah tiada peperiksaan dijalankan tetapi bagi peperiksaan kursus asasi sains atau pra sains, ianya ada.

Memang betul (Veveonah duduki peperiksaan akhir secara dalam talian), dokumen juga telah ditunjukkan sebagai bukti. Dekan bukan orang yang bertanggungjawab mengendalikan kursus asasi sains dan ia bukan fakulti yang diketuai seorang pengarah. Memang tiada peperiksaan secara ‘online’ bagi kursus ijazah tetapi bagi peperiksaan kursus asasi sains atau pra sains, ianya ada.

Kalau nak tahu, Rahim pernah memuatnaik satu posting di Facebooknya mendakwa bahawa Veveonah dan keluarganya sudah tidak lagi mempunyai rumah di kampung. Malah, kini mereka tinggal di pekan. Bukan tu jer, dia juga mendakwa Veveonah memang sengaja ingin membuat drama semata-mata untuk mendapat perhatian netizen.

Walaubagaimanapun, posting tersebut telah dipadam selepas dikecam hebat dengan warganet. Abang kepada Vevonah, Meksin juga bersuara demi mempertahankan adiknya dan mengatakan maklumat yang didapati oleh ahli parlimen Kudat adalah salah.

Meksin juga berkata rumah yang Veveonah sering tinggal adalah rumah yang mereka tinggal sementara dimana sebelum ini ia adalah sebuah gereja dan ianya tidak jauh dari rumah abang mereka.

Walaupun keluarga kami tinggal di Pitas kerana bapa kami bekerja di Koperasi Pembangunan Desa (KPD), namun kami kerap balik ke Sapatalang yang jaraknya kira-kira 30 minit dari pekan Pitas menggunakan kenderaan. Selain balik ke Sapatalang iaitu kampung bapa kami, kami juga ke kampung ibu di Solimpodon yang terletak berhampiran. Rumah lama kami di Sapatalang sudah dirobohkan kerana ia sudah usang tetapi seorang lagi abang kami ada rumah baru di sana yang kini masih dalam pembinaan.

Jadi apa yang dikatakan timbalan menteri serta ketua kampung yang kami tidak mempunyai rumah di Sapatalang, seperti dalam hantaran di Facebook semalam adalah tidak benar. Ia sangat menyakitkan, siapa tidak sakit hati apabila kamu tahu kamu benar tetapi orang masih mengatakan sebaliknya.

Itulah, lain kali Rahim kena siasat terlebih dahulu. Kan dah kena kecam dengan netizen. Apapun, Ohmedia doakan agar Veveonah Mosibin terus maju jaya di dunia dan akhirat.

OHMEDIA: BAIK TUTUP MULUT DARIPADA BERKATA-KATA.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top