Connect with us

Oh! Media

Ahli Kumpulan Caliph Buskers Azmi Merayu Hentikan Kecaman Terhadap Nabil

Umum

Ahli Kumpulan Caliph Buskers Azmi Merayu Hentikan Kecaman Terhadap Nabil

Berkenaan isu pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad yang bergurau kasar terhadap Caliph Buskers. Ia telah mendapat pelbagai reaksi dan kecaman dan natizen.

Ini menyebabkan kumpulan Caliph Buskers melalui satu video telah menyeru agar kecaman terhadap rakannya Nabil Ahmad dihentikan. Ini kerana,  mereka telah menganggap Nabil sebagai satu keluarga dan biasa berlaku antara mereka untuk bergurau kasar.

“Assalamualaikum… saya Azmi wakil daripada Caliph Buskers, hari ini kami sedih sangat sebab abang atau sahabat kami Nabil Ahmad dikecam, dihina ataupun didoakan buruk-buruk.

“Sebenarnya Nabil dengan kami ini dah macam adik beradik. Justeru kami merayu hentikanlah kecaman anda.

“Bahkan, kami bergurau lebih kasar pada hari tu,” rayu Azmi.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top