Connect with us

Oh! Media

Sultan Abdullah Pandu Kereta Sendiri Pantau Keadaan Rakyat

Ohmedia2bagong2bpantau2bkeadaan2bperintah2bkawalan2bpergerakanpng

Umum

Sultan Abdullah Pandu Kereta Sendiri Pantau Keadaan Rakyat

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi telah mencemar duli untuk meninjau sendiri keadaan rakyat yang kini dalam arahan Printah Kawalan Pergerakan.

Dalam satu perkongsian di Facebook Istana Negara, dapat dilihat Sultan Abdullah sedang memantau pihak berkuasa yang sedang melakukan sekatan jalan raya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda juga sempat menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas keselamatan yang berkerja keras dalam membendung wabak COVID-19 di negara kita.

IKLAN

Ohmedia juga tertarik dengan video yang menunjukkan Baginda sendiri telah memandu kenderaan untuk memantau keadaan. Baginda turut menasihatkan agar rakyat terus berada di dalam rumah dan patuh dengan arahan pihak berkuasa.




Sumber: Istana Negara

+ Baca respon pembaca yang kagum melihat Agong mencemar duli di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas