Connect with us

Oh! Media

Melihat Situasi Wabak, Agong Dan Permaisuri Berkenan Tidak Menerima Emolumen Diraja

Ohmedia agong 1png

Umum

Melihat Situasi Wabak, Agong Dan Permaisuri Berkenan Tidak Menerima Emolumen Diraja

Raja dan rakyat berpisah tiada. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan ketika ini selepas Ohmedia mengetahui bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan agar kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua, seperti yang petik dari Berita Harian.

Ini dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Fadil Shamsuddin di mana Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memperkenan agar bayaran berkenaan tidak dilakukan oleh kerajaan selama 6 bulan, bermula Mac hingga September. Tambah beliau, ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani COVID-19.

Sumber gambar dari Google

Jelas beliau lagi, ini bagi menyahut keputusan kerajaan yang bertindak memotong dua bulan gaji perdana menteri serta ahli-ahli kabinet yang lain untuk disalurkan ke Tabung COVID-19 dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

IKLAN
Sumber gambar dari Malay Mail

Dipetik dari Berita Harian, Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan kepada rakyat Malaysia agar terus bersama baginda berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT agar Malaysia sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat-Nya dan COVID-19 ini segera berakhir.

OHMEDIA: TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN TUANKU BERDUA DISAAT PANDEMIK COVID-19 INI SEDANG MENULAR. SEMOGA TUANKU SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT-NYA, DAULAT TUANKU!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Agong dan Permaisuri bekenan tidak menerima Emolumen Diraja di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas