Connect with us

Oh! Media

Buat Aduan Guna WhatsApp Kalau Orang Merokok Dekat Kedai Makan

Umum

Buat Aduan Guna WhatsApp Kalau Orang Merokok Dekat Kedai Makan

Semua orang tahu yang larangan merokok ataupun menghisap vape ditempat awam semakin ketat dan telahpun dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2020 lepas, sampai kan ada pelancong dari negara luar pun ada yang kena saman baru-baru ni sebab buat benda terlarang tu dekat tempat awam.

ADVERTISEMENT

Jadi orang-orang awam dekat luar sana yang masih lagi ternampak diorang yang berdegil merokok atau menghisap vape dekat tempat makan ni, korang boleh membuat aduan melalui whatsapp je sekarang gais, senang gila! Rasa-rasa kalau tak berapa selesa dekat kedai makan tu, terus jer buat report. Korang kena hantarkan bukti yang orang tu memang betul-betul bersalah, nama restoran waktu kejadian and juga tempat yang berlaku tu ke nombor 010-860 8949 ataupun boleh terus membuat panggilan ke 03-889 24530.

Denda akan dikenakan kepada individu yang bersalah sebanyak RM250 dan jumlah tu boleh dikurangkan sampai la RM150 jika mereka bayar dalam tempoh kurang sebulan dari tarikh kena saman tu. Tapi baik la yang dah terkena tu cepat-cepat bayar, kalau tak diorang akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000.



Korang yang mana nak hisap rokok tu jangan la cari pasal pergi hisap rokok dekat tempat awam. Nanti kalau dah kena pandai-pandai tanggung lah ya?

Sumber : Siakap Keli

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas