Connect with us

Oh! Media

Aduan: Anak Digigit, Pengasuh Lepas Tangan

ohmedia anak kena gigit 4jpg

Umum

Aduan: Anak Digigit, Pengasuh Lepas Tangan

Berikut adalah aduan yang dihantarkan kepada email Oh! Media;

“Kejadian berlaku pada 31.03.15 ketika isteri saya nak mengambil anak perempuan di Taska Tadika Imtiaz Aulad sekitar Kajang. Sampai je kat nursery tersebut seorang pengasuh memberitahu bahawa anak kami telah digigit sekitar belakang badan, pipi dan perut. kami rasa sangat marah kerana kesan lebam yang terdapat pada anak kami sangat teruk. Pengasuh tersebut memohon maaf dan memberi penjelasan bahawa pada ketika itu mereka sedang membancuh susu. Pada fikiran saya, adakah anak saya tidak menjerit atau melalak ketika digigit sehingga mereka tidak sempat utk mengambil tindakan?

Apa yg membuatkan kami betul2 tak puas hati apabila saya ingin berjumpa dgn pengurus tadika utk membincangkan hal ini dan ingin meminta no jkm, dia langsung tidak menjawab panggilan telefon saya pada hari kejadian. keesokan harinya baru dia menjawab telefon dan saya meminta no jkm tapi dia tak bagi atas alasan itu hak dia. yg lebih menyakitkan hati apabila dia menyatakan bahawa anak kami tiada dalam senarai sistem tadika mereka. malah dia mencabar saya untuk membuat laporan untuk dibawakan kepada mahkamah.

IKLAN

Laporan polis telah kami buat. akhir kata, sikap acuh tak acuh sebagai seorang pengusaha pusat asuhan mengecewakan saya. Ibu-bapa mana yang tak sayu hati bila tengok anak kita dalam keadaan begitu kan?”

Pandangan Ohmedia, kejadian yang melibatkan pusat asuhan ini memang amat banyak berlaku sejak dulu lagi. Namun ibu-bapa rata-ratanya tiada pilihan lain terpaksa menghantar anak mereka kerana sibuk berkerja. Ini antara risiko yang perlu diambil kira ibu-bapa antara mahu dan tidak.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas