Connect with us

Oh! Media

Adik Thaqif Pelajar Tahfiz Yang Disebat Warden Meninggal Dunia

Umum

Adik Thaqif Pelajar Tahfiz Yang Disebat Warden Meninggal Dunia

Berita yang amat menyayat hati dengan nasib adik Thaqif yang disebat dengan getah oleh warden hingga menyebabkan kedua-belah kakinya dipotong sebelum ini dan hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian adik Thaqif Amin buat selama-lamanya.

ADVERTISEMENT

Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi. Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, yang berada bersama keluarga ketika menemani anak lelaki sulungnya itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.

Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Kira-kira jam 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

BACA: Susulan Kes Kaki Murid Terpaksa Dipotong, Ini Respon Pengetua Sekolah Terbabit

Dia mengalami kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini.

Al-Fatihah.

Nota tulisan tangan arwah yang kini menjadi kenangan.

+ Kredit Sinar Harian.
+ Baca respon pembaca di Facebook OH! Media.

Rentetan kisah adik MUHAMMAD THAQIF AMIN BIN MOHD GADAFFI

Didakwa telah disebat pembantu warden hingga menyebabkan beliau kehilangan kedua belah kaki.. dan kini tangannya pula terpaksa dipotong..😢
Jom terus kirimkan doa buat anak ini.

Dari FB ibu Dayang Thaqifah

Allah….berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu……kuat yea sayang…setiap minit..setiap saat.. nafas ini..doa mama sentiasa bersamamu….hanya kpdmu saja kami berserah…ya Allah…

Mohon rakan2 fb mendoakn anak saya Mohamad Thaqif Amin bin Mohd Gadaffi…sedar dari koma dan sihat seperti sediakala…

20 April 2017

Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil…buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..

21 April 2017

Keadaan makin worst…keadaan otot2 kaki sudah mati… pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya…that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..

Mohon doa rakan2…agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula..

Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dgn pertolongñmu ya Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Ya Allah…kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku…berilah daku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi dugaanMu..ya Allah… aamiin
Mohon rakan-rakan doakn yg terbaik buat anak syurga saya….

 22 April 2017

Semalam lps potong kaki… tangan kanan dh mula bengkak dan kehitaman…Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran…utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan… kuman merebak sgt cepat….Sya dh redha apa jua ketentuan Allah….

22 April 2017

Keadaan Thaqif ada nampak perubahannya….lebih baik dari semalam… selepas proses dialisis…muka yg bengkak..dh npk susut.. tangan yg hitam dh npk beransur cerah selepas operation…
Alhamdulillah.. Alhamdulillah…syukur….terima kasih ya Allah… kau dengar doaku, rakan taulan dan org ramai.. yg tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Thaqif …
Jutaan terima kasih pd semua yg tidak putus mendoakan kesembuhan ank sya…
Harapan saya…agar semua tidak putus2 mendoakan Mohamad Thaqif Amin berjuang untuk melepasi tahap kritikal… Amin …

24 April 2017

Thaqif masih ditidokn…hanya zikir, doa dan bicara sepi mama bersamamu. Pemantauan rapi setiap 4 jam..ubat cair n beku darah perlu di balancekn….buah pinggang nampaknya ada progress…moga ank syurga mama terus kuat utk sembuh… Allahuakbar….

25 April 2017

Alhamdullillah pagi ini, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif… semoga dgn kedatangan Permaisuri.. memberi impak yg positif kpdnya…

Tegok muka Thaqif nampak sihat…cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemari tangan kanannya makin kecut….Ya Allah …berilah keajaiban utknya…

Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon… hati mama makin pilu….camnelah Abg nk hadap…bila abg sedar nanti…. Allahuakbar…kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku…

Thaqif demam… suhu semakin meningkat… tangan kanan…..otot-otot dh mati… doktor tggu sehingga jam 8 malam ni… pemantauan setiap jam…sekiranya tiada perubahan jua… terpaksalh memilih pilihan terakhir….

Allahuakbar…. Allahuakbar… Allahuakbar

Ya Allah… Engkaulh Maha Penyembuh….berilah kesembuhan buat anaku…. kurniakanlah kekuatan buat diriku… aamiin… aamiin… aamiin ya rabbal alamiin…

Demi menyelamatkan nyawa thaqif, tangan kanan thaqif akan dipotong.. supaya kuman tidak merebak.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 😭😭😭… berat sungguh dugaan dan ujian yg Allah berikan… moga Thaqif dan kami sekeluarga terus diberikan kekuatan..

26 April 2017

Assalamualaikum…wbt.. Doakan yang terbaik buat Thaqif… operation tangan tak jadi… keadaannya tak stabil. Semakin tenat.

Thaqif disahkan meninggal dunia pada petang 26 April 2017. Berakhirnya episod penderitaan Thaqif di dunia ini… insyallah syurga tempatmu nak.. innalillahiwainnailaihirajiunn..
Sedekah alfatihah untuk Thaqif😭

Diari Hati Arwah Ketika Masih Di Sekolah Tahfiz


Kesinambungan Cerita:

Oh! Media: Minggu lalu Ohmedia dihubungi melalui emel oleh seseorang yang ingin identitinya dirahsiakan tentang kisah adik Thaqif yang tidak mendapat pembelaan atas apa yang berlaku kepada dirinya. Kisah pelajar ini tidak dipaparkan di mana-mana media lain pada ketika itu. Kami yang merasakan kejadian ini patut mendapat pembelaan mula memviralkan kisah ini sebagai hebahan kepada pengetahuan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, kami tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuklah pihak sekolah tahfiz berkenaan kerana tindakan merotan arwah mengguna getah paip di kaki adalah tindakan perseorangan yang di luar batasan akal. Kes ini juga masih di bawah siasatan.

Selepas artikel diterbitkan, akhirnya kisah adik Thaqif sampai ke pengetahuan seluruh rakyat Malaysia dan juga dipaparkan di dada-dada akhbar dari masih terlantar di hospital, kedua-kakinya dipotong, kemudian tanggannya pula mungkin terpaksa dipotong (tapi tidak jadi), sehinggalah pada hari ini kita dikejutkan dengan pemergian adik Thaqif untuk selamanya. Allah lebih sayangkan dia.

Kami mohon agar siasatan yang sempurna dapat dijalankan agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada pelajar sekolah lain di masa akan datang.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas