Connect with us

Oh! Media

Adik Qaireen Adriana Kekurangan RM50,000 Bagi Kos Pembedahan Jantung

Umum

Adik Qaireen Adriana Kekurangan RM50,000 Bagi Kos Pembedahan Jantung

Seorang bapa kini resah memikirkan ketiadaan dana untuk membiayai kos pembedahan jantung anak perempuan sulungnya, Qaireen Adriana Tihani yang berusia tujuh tahun.

ADVERTISEMENT

Mohamed Haffiez Mansor Taridi berkata, Qaireen Adriana disahkan mengalami jantung tersumbat serta injap bocor sejak dilahirkan dan kini memerlukan dana kira-kira RM50,000 bagi menjalankan pembedahan jantuk yang sepatutnya dilakukan pada 13 Januari 2019, namun terpaksa dilanjutkan ke 27 Januari kerana dana masih tidak mencukupi.

Untuk maklumat lain, pembedahan adik Qaireen Adrian ini merupakan kali keempat sejak dilahirkan dan pembedahan kali ini adalah bagi membaiki injap yang bocor serta saluran injap yang sempit.

Tambah Mohamed Haffiez lagi, anaknya yang akan memasuki darjah dua pada tahun depan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Tinggi itu sering mengalami demam serta kesukaran bernafas disebabkan masalah jantung yang dialaminya ketika ini.

Ujarnya lagi, isterinya, Fazleen Noor Adnan, 30, juga terpaksa berhenti kerja sejak lima tahun lalu untuk memberi perhatian terhadap Qaireen Adriana serta menjaga dua lagi anak mereka yang berusia lima dan dua tahun.

“Gaji saya cuma RM1,500 sebulan dan sukar biayai kos pembedahan. Wang simpanan juga telah habis digunakan untuk menampung kos pembedahan sebelum ini yang mencecah RM100,000,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulur sumbangan bo­leh menghubungi 019-6060168 atau menyalurkannya melalui nombor akaun MAYBANK BERHAD 556066501382 atau CIMB BANK BERHAD 7607551097 atas nama MOHAMED HAFFIEZ BIN MANSOR TARIDI.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas