Connect with us

Oh! Media

Adik Dan Abang Berpisah 36 Tahun, Kini Juga Muslim

adam corrie 982132121213 720x450jpg

Umum

Adik Dan Abang Berpisah 36 Tahun, Kini Juga Muslim

Pelakon, Adam Corrie menerusi Instagram miliknya berkongsi foto bersama adiknya yang juga merupakan seorang muslim.

Dalam perkongsian panjang lebar itu Adam memberitahu mereka sudah terpisah sekian lama dan dalam keluarga, hanya mereka berdua sahaja yang kini beragama Islam.

“Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36 tahun. Sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10 tahun lalu.

IKLAN

“Masih bujang. Dah berpunya atau belum, saya tak tahu. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik sahaja yang muslim,” tulisnya.

“Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dalam pelbagai cara. Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga beragama Islam.

“Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam. Ada yang dihujung nyawa ALLAH campakkan hidayah Islam pada diri mereka.

“Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah. Yang penting kita istiqamah dalam hidup ini sebar kebaikan pada semua,” coretnya.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas