Connect with us

Oh! Media

Adik Bunuh Abang, Bungkus Dalam Plastik

Umum

Adik Bunuh Abang, Bungkus Dalam Plastik

Disebabkan handphone je, adik perempuan yang berusia 14 tahun dan boyfriendnya sanggup membunuh dan membungkus abang kandung sendiri yang berusia 16 tahun sebelum mayatnya diletakkan di belakang rumah kosong. Kejadian ini berlaku di Taman Glenview, Kamunting pada hari Ahad gais!

ADVERTISEMENT

Mayat abangnya dijumpa dua hari selepas keluarganya melaporkan abangnya hilang pada 5 Julai lalu. Tergamaknya adik kandung sendiri membunuh abang di rumah disebabkan handphone je? Belum tentu boyfriend kau nak kahwin dengan kau. Hmm.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lebih kurang jam 12.18 tengah hari, pihak polis menerima panggilan daripada jiran mangsa mengatakan diaorang ni ada jumpa mayat mangsa dalam bungkusan plastik di luar belakang sebuah rumah di lokasi kejadian. Dan mayat itu disahkan oleh ahli keluarganya sendiri.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh adik perempuan dan teman lelakinya di rumah mangsa susulan kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa. Motif pembunuhan mungkin berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan teman lelaki suspek sewaktu hendak mengambil telefon yang tertinggal di rumah itu pada 5 Julai lalu.

Adik perempuan mangsa adalah suspek membunuh dengan boyfriendnya ditahan oleh pihak polis di rumah mangsa petang semalam. Haa padan muka kau adik! You deserve it! Tak ada hati berperikemanusiaan langsung. Handphone tu boleh diganti, ingat nyawa abang kau boleh ganti ke? Osman berkata:

Siasatan polis turut mendapati pada hari dilaporkan mangsa hilang, mangsa dipercayai baru pulang dari sekolah sebelum mendapati adik perempuannya membawa rakan-rakan termasuk teman lelaki ke rumah. Menurutnya, semua rakan-rakan adik suspek termasuk teman lelakinya difahamkan beredar sebaik mengetahui mangsa pulang dari sekolah. Namun, teman lelaki suspek dipercayai tertinggal telefon bimbit dan apabila dia cuba menghubunginya semula, panggilan diangkat mangsa. Mangsa mencabar teman lelaki suspek supaya datang ke rumah untuk mendapatkan kembali telefonnya dan susulan itu satu pergaduhan berlaku sewaktu teman lelaki suspek kembali ke rumah mangsa. Mengikut keterangan kedua-dua suspek, mereka dipercayai mengelar leher mangsa dan kedua pergelangan tangan mangsa dengan pisau sebelum menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan unit forensik polis menemui pisau yang digunakan suspek dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas