Connect with us

Adakah Sujud Tilawah Perlu Salam?

Umum

Adakah Sujud Tilawah Perlu Salam?

Soalan:
Adakah sujud tilawah memerlukan salam?

Jawapan:
Maksud sujud tilawah adalah melakukan sujud apabila membaca ayat-ayat berkaitan sujud tilawah. Jumhur ulama’ menyatakan sunat dan bukannya wajib. Inilah juga pendapat Umar ibn al-Khattab, Ibn Abbas, Imran bin Husain, Imam Malik, Imam al-Auza’ie, Imam Syafi’e, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur, Daud dan lain-lain.

Berkenaan dengan persoalan di atas, Imam al-Nawawi berkata: “Terdapat dua pendapat yang masyhur daripada Imam al-Syafi’e:

  • Cara yang lebih sahih antara keduanya menurut majoriti ashabnya ialah ia memerlukan salam kerana memerlukan takbiratul ihram dan menjadi seperti solat jenazah. Ia dikuatkan dengan riwayat Ibnu Abi Daud dengan isnadnya yang sahih daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, bahawa apabila membaca ayat sejadah, dia pun sujud, kemudian memberi salam.
  • Pendapat kedua, tidak memerlukan salam seperti sujud Tilawah dalam solat kerana hal itu tidak dinukilkan daripada Nabi SAW.” (Lihat al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran, 117)

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kefahaman dalam agama ini dan kami akhiri dengan doa seperti yang diajar untuk kita baca dalam sujud tilawah:

اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
“Ya Allah! Kepada-Mu aku sujud, dengan-Mu aku beriman, dan kerana-Mu aku berserah. Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.” [Riwayat Muslim (1848)]

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top