Connect with us

Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat?

Umum

Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat?

SOALAN 

Pasti ada antara kita yang ingin tahu adakah orang kafir wajib untuk menunaikan perkara yang dilakukan oleh orang Islam?

JAWAPAN 

Majoriti ulamak usul berjalan di atas bahawasanya orang kafir di tuntut atas mereka itu ketika di dunia ini menunaikan segala kewajipan seperti mana dituntut ke atas orang Islam sama seperti mana mereka diperintahkan supaya beriman.

Tetapi di dalam dunia jika mereka tidak melakukan kewajipan syarak atau mereka melakukan segala yang diharamkan syarak seperti minum arak dan berzina dan seumpamanya maka mereka tidak akan dikenakan hukuman sebagaimana dikenakan ke atas orang Islam akan tetapi di akhirat nanti orang-orang kafir akan disoal kerana meninggalkan kewajipan di dunia dan akan diazab bukan sahaja sebab tidak beriman bahkan akan di azab sebab tidak menunaikan kewajipan dan sebab melakukan perkara yang dilarang syarak.

Berkata Imam Nawawi :

وأما فِي كُتُبِ الْأُصُولِ فَقَالَ جُمْهُورُهُمْ هُوَ مُخَاطَبٌ بِالْفُرُوعِ كَمَا هُوَ مُخَاطَبٌ بِأَصْلِ الْإِيمَانِ
وَمُرَادُهُمْ فِي كُتُبِ الْأُصُولِ أَنَّهُمْ يُعَذَّبُونَ عَلَيْهَا فِي الْآخِرَةِ زِيَادَةً عَلَى عَذَابِ الْكُفْرِ فَيُعَذَّبُونَ عَلَيْهَا وَعَلَى الْكُفْرِ جَمِيعًا لَا عَلَى الْكُفْرِ
وَحْدَهُ وَلَمْ يَتَعَرَّضُوا لِلْمُطَالَبَةِ فِي الدُّنْيَا

Artinya : “Dan ada pun pada kitab-kitab usul maka juhmur ulamak berjalan atas bahawa orang kafir diperintahkan dengan hukum syarak sebagaimana mereka diperintahkan supaya beriman.
Dan dikehendaki dengan kata orang kafir akan diazab di akhirat sebab meninggalkan kewajipan syarak sebagai tambahan atas azab tidak mahu beriman yakni bukan saja diazab sebab kufur tetapi juga diazab sebab meninggalkan yang wajib dan tetapi di dalam dunia mereka tidak dikenakan hukuman hanya sekadar dituntut sahaja.” (Kitab Al-Majmu’)

Berkata Dr Mustafa Bugha :

فلا تجب على كافر، وجوب مطالبة بها في الدنيا، لعدم صحتها منه، لكن تجب عليه وجوب عقاب عليها في الآخرة، لتمكنه من فعلها بالإسلام


Artinya : “Maka tidak wajib sembahyang atas orang kafir akan sebagai tuntutan melakukannya di dunia kerana tidak sah solat dari mereka itu akan tetapi wajib atasnya akan sebagai wajib yang melayakkan diazab di akhirat sebab meninggalkannya kerana mereka boleh melakukannya jika masuk agama Islam.” (Al-Fiqh Al-Manhaji)

KESIMPULAN

Didalam dunia orang kafir diperintahkan supaya beriman dan beramal dengan segala hukum syarak akan sebagai kewajipan yang akan disoal di akhirat nanti.

Tidak dikenakan hukuman ke atas orang kafir yang tidak melaksanakan perintah syarak di dalam dunia tetapi mereka akan di azab di akhirat nanti sebab mereka telah meninggalkannya di dunia yakni mereka akan diazab sebab tidak beriman dan diazab sebab tidak solat dan diazab sebab tidak menutup aurat dan seumpamanya dan diazab pula sebab melakukan yang haram seperti minum arak dan seumpamanya sebagaimana orang Islam juga diazab sebab meninggalkan yang wajib dan melakukan yang haram.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca adakah semua manusia di dunia wajib untuk solat di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top