Connect with us

Oh! Media

Adakah Manusia Boleh Melihat Rupa Malaikat?

Umum

Adakah Manusia Boleh Melihat Rupa Malaikat?

ADVERTISEMENT

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada di antara kita yang ingin mengetahui sama ada manusia boleh melihat malaikat atau tidak. Jadi, apakah jawapannya?


JAWAPAN 

Malaikat yang mulia adalah dijadikan oleh Allah daripada tubuh badan yang bangsa nur yang sangat halus. Sungguhnya Allah telah mendinding akan malaikat itu dari penglihatan manusia yaitu manusia tidak dapat melihat mereka. Dan penglihatan kita semua terdinding dari nampak akan malaikat yakni manusia tidak boleh melihat malaikat atas rupa mereka yang sebenar melainkan Rasulullah saw sebagaimana diriwayatkan bahawa Rasulullah saw melihat malaikat Jibril atas rupanya yang sebenar sebanyak dua kali.

Akan tetapi jika malaikat menyerupakan dirinya dengan rupa manusia maka manusia mampu melihatnya sebagaimana malaikat Jibril menyerupakan dengan manusia ketika bertemu dengan Siti Maryam a.s.

Firman Allah Taala :

فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرَاً سَوِيَّاً


Artinya : “Maka Kami mengutus akan Jibril lalu Jibril menyerupakan bagi Maryam sebagai manusia yang sempurna.” (Maryam : 17)

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a. Rasulullah saw telah bersabda :

إِنَّمَا هُوَ جِبْرِيلُ، لَمْ أَرَهُ عَلَى صُورَتِهِ الَّتِي خُلِقَ عَلَيْهَا غَيْرَ هَاتَيْنِ المَرَّتَيْنِ، رَأَيْتُهُ مُنْهَبِطَاً مِنَ السَّمَاءِ سَادَّاً عِظَمُ خَلْقِهِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ


Artinya : “Hanya sungguhnya itu adalah Jibril tiada pernah aku lihatnya rupanya atas kejadiannya yang sebenar melainkan dua kali. Aku melihat Jibril turun dari langit dengan bentuknya yang sangat besar memenuhi antara langit dengan bumi.” Hadith Bukhari & Muslim.

Berkata Syeikh Ahmad Syarif An-Na’san :

فَلَا يُمْكِنُ لِبَشَرٍ أَنْ يَرَى مَلَكَاً عَلَى صُورَتِهِ الحَقِيقِيَّةِ، لِأَنَّ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مَخْلُوقٌ عَلَى هَيْئَةٍ تَخْتَلفُ عَنْ هَيْئَةِ الآخَرِ، فَالإِنْسَانُ مَخْلُوقٌ مِنْ تُرَابٍ، وَالمَلَكُ مَخْلُوقٌ مِنْ نُورٍ، وَهُوَ مَحْجُوبٌ عَنْ أَبْصَارِ النَّاسِ، وَلَا يَرَى المَلَكَ عَلَى صُورَتِهِ الحَقِيقِيَّةِ إِلَّا رَسُولٌ مِنْ رُسُلِ اللهِ تعالى. أَمَّا إِذَا تَشَكَّلَ المَلَكُ بِصُورَةِ آَدَمِيٍّ فَإِنَّ البَشَرَ يَرَوْنَهُ. هذا، والله تعالى أعلم.


Artinya : “Maka tidak mungkin bagi manusia melihat malaikat atas rupanya yang sebenar kerana sungguhnya manusia dan malaikat ini dicipta atas kejadian yang bersalahan antara satu sama lain. Maka manusia dijadikan dari tanah manakala malaikat dijadikan daripada cahaya. Maka malaikat itu terdinding dari penglihatan manusia yang tidak dapat melihat akan malaikat atas rupanya yang sebenar melainkan seorang Rasul dari segala Rasul yang diutuskan oleh Allah.

Ada pun apabila malaikat menyerupakan dirinya dengan bentuk manusia maka manusia dapat melihatnya.”

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca adakah manusia boleh melihat rupa malaikat di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas