Connect with us

Adakah Kita Dibenarkan Untuk Menikahi Sepupu?

Umum

Adakah Kita Dibenarkan Untuk Menikahi Sepupu?

SOALAN 

Sebagai umat Islam, Ohmedia dapat rasakan ada di antara kita yang masih tidak mengetahui sama ada dibenarkan atau tidak jika kita ingin bernikah dengan sepupu sendiri. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN 

Hukum bernikah dengan sepupu adalah sah dan tidak ada sebarang celaan atau kesalahan.

Hanya para ulamak mengatakan yang afdhal ialah tidak menikah dengan keluarga yang dekat seperti sepupu.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

أَنَّ الشَّافِعِيَّ نَصَّ عَلَى أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لَهُ أَنْ لَا يُزَوِّجَ مِنْ عَشِيرَتِهِ، وَعَلَّلَهُ الزَّنْجَانِيُّ بِأَنَّ مِنْ مَقَاصِدِ النِّكَاحِ اتِّصَالُ الْقَبَائِلِ لِأَجْلِ التَّعَاضُدِ وَالْمُعَاوَنَةِ وَاجْتِمَاعِ الْكَلِمَةِ

Artinya : “Sungguhnya Imam Syafie telah menaskan atas bahawa sunat baginya tidak bernikah dengan keluarganya yang dekat. Imam Az-Zanjani menyatakan antara sebabnya ialah tujuan bernikah itu ialah menjalin hubungan dari keluarga yang jauh supaya terjadi saling mendukung dan tolong menolong dan bersatu hati.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Kesimpulan

Sah pernikahan dengan sepupu sekalipun yang afdhalnya ialah bernikah dengan yang bukan ada hubungan keluarga.

Perkataan yang mengatakan nikah dengan sepupu itu dilarang atau tidak elok adalah tidak betul.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca adakah kita dibenarkan untuk menikahi Sepupu? di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top