Connect with us

Oh! Media

Abu Mayat Chin Peng Telah Ditabur Di Laut Berhampiran Lumut, Perak & Kawasan Hutan Titiwangsa

Umum

Abu Mayat Chin Peng Telah Ditabur Di Laut Berhampiran Lumut, Perak & Kawasan Hutan Titiwangsa

Juga berlaku di Perak, kini tersebar pula tentang abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng yang dibawa pulang ke Perak pada 16 September yang lalu selepas dikatakan telah mati pada enam tahun yang lalu.

ADVERTISEMENT

Mungkin ramai yang mengenali individu ini dan bagi mereka yang tidak tahu, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dilahirkan pada tahun 1942 di Perak dan telah meninggal dunia pada usia 90 tahun di Bangkok.

Kumpulan yang menguruskan abu mayat Chin Peng ini berkata mereka berjaya membawa masuk abu itu pada 2 bulan yang lalu dan telah mengadakan majlis peringatan yang dihadiri 150 orang di Ipoh.

Sebahagian abu mayat Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat. – kata wakil kumpulan dari laporan Malaysiakini.

Kali terakhir Chin Peng beraksi pada 30 September 2009, apabila pihak mahkamah telah menolak saman yang ditujukan kepada kerajaan oleh Chin Peng yang diwakili peguam bela, Tommy Thomas.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas