Connect with us

Abby Fana Tak Sangka Itu Gambar Terakhir Yang Sempat Dirakam Bersama Bapa

Umum

Abby Fana Tak Sangka Itu Gambar Terakhir Yang Sempat Dirakam Bersama Bapa

Jumaat lalu (25 Oktober), pengacara dan penyampai radio Sinar, Abby Fana menzahirkan rasa sedihnya apabila memaklumkan telah kehilangan insan tersayang iaitu bapanya sendiri, Omar Abu Bakar dan kak Abby berkongsi rasa duka dan momen terakhirnya bersama bapanya di Instagram.

Semua kita akan ke sana juga kan..Terima kasih semua di atas ingatan dan doa kalian. Mohon sedekahkan al-fatihah buat ayahanda saya Omar bin Abu Bakar. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin. Terlalu banyak kenangan antara saya dan ayah. Kenangan yang ini (swipe) terakam pada 20.10.2019. Tiada apa yang luar biasa cuma saya sempat meminta ampun dan maaf daripada ayah, mohon halal makan minum dunia dan akhirat. Ayah angguk sambil berkata ‘ya nak’, kami saling berpelukan dan saya cium ayah..Rupanya itulah momen terakhir kami, tulisnya.

Salam takziah Ohmedia ucapkan kepada kak Abby dan keluarga atas pemergian insan tersayang. Semoga rohanya ditempatkan bersama orang-orang beriman. AL-Fatihah.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top