Connect with us

Oh! Media

Abang Bunuh Adik Sendiri Hanya Kerana Bil Elektrik Tertunggak

Umum

Abang Bunuh Adik Sendiri Hanya Kerana Bil Elektrik Tertunggak

Malang nasib seorang adik apabila maut selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh abang sendiri. Kejadian berkenaan berlaku di sebuah kedai makan di Pantai Remis, Perak.

ADVERTISEMENT

Bagaimana agaknya perkara ini boleh berlaku? Apa yang Ohmedia faham, kejadian ini hanya disebabkan oleh tunggakan bil elektrik kedai dan suspek sebelum itu telah bertengkar bersama ibunya kerana masih tidak membayar bil elektrik.

Namun, mangsa yang merupakan adiknya sendiri telah datang menghampiri suspek dan memukulnya ketika sedang mengemas dapur kedai makan dan mangsa dipercayai memukul dengan menggunakan senjata tajam, kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman.

Selepas itu, mangsa dikatakan telah melarikan diri ke luar kedai dan terbaring dalam keadaan kepala berlumuran darah.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas