Connect with us

Oh! Media

8 Pejabat Di Kuala Lumpur Ini Gerenti Jadi Idaman Semua Pekerja

Umum

8 Pejabat Di Kuala Lumpur Ini Gerenti Jadi Idaman Semua Pekerja

ADVERTISEMENT

Setiap hari semua orang akan keluar mencari rezeki. Tak kiralah dimana, di pejabat, di atas jalanraya, di kedai makan dan pelbagai lagi.

Tapi yang pasti, sudah pasti ramai yang mengimpikan sebuah pejabat yang sangat selesa dan dilengkai pelbagai hiburan yang boleh melepaskan segala penat di fikiran.

Berikut merupakan 10 pejabat yang paling cool, unik dan penuh inspirasi di sekitar Kuala Lumpur yang membuatkan anda juga teringin untuk bekerja disini.

1. Google, Kuala Lumpur

Google Kuala Lumpur memiliki kira-kira 10,000 kaki persegi ruang di tingkat 20 bangunan Quill 7 yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk barat stesen keretapi KL Sentral dan kompleks Sooka Sentral F & B.  

Pejabat ini menyediakan makanan dan minuman ringan percuma untuk semua kakitangan. Malah bilik bermain dart, Sony PS4, Xbox, Pacman dan beberapa hiburan lain turut disediakan untuk kakitangan.

2. Leaderonomics, Kuala Lumpur

Leaderonomics merupakan perusahaan dalam bidang leadership dan motivasi. Mereka percaya dengan kepimpinan yang baik mampu memberi kesan positif kepada kehidupan sosial, kesihatan, ekonomi dan kerohaniaan.


Bekerja di Leaderonomics membuatkan sentiasa disajikan dengan pelbagai party terutama kedatangan pekerja baru, perpisahan, hari jadi dengan begitu meriah. Mereka sentiasa berusaha mengekalkan hilai tawa di tempat kerja.

3. Genovasi, Kuala Lumpur 

Genovasi merupakan satu-satunya Sekolah Pemikiran (Design Thinking School) di Malaysia terletak di wilayah perindustrian Petaling Jaya. Keluasan pejabat sekitar 20,000 kaki persegi yang mempunyai ruang kafeteria dengan ruang pantri sementara minuman yang tidak terhad.

Loker untuk pelajar-pelajar, kerusi dan perabut yang berwarna-warni menambahkan lagi keceriaan. Malah turut disediakan juga gelanggang futsal lengkap dengan tiang gol mudah alih untuk senaman memanaskan badan. Memang wow kan?

4. Mindvalley, Kuala Lumpur

Mindvalley memang sudah lama terkenal dengan keunikan pejabatnya. Malah ia juga turut mememangi beberapa anugerah. Pejabat ini terletak di Menara UOA, Bangsar.

Pejabat yang mempunyai keluasan 5,095sq dan 6,940sq ini mempunyai keselesaan yang cukup indah kepada para pekerja. Mereka bebas memajukan diri dimana sahaja malah mereka tidak perlu berpakaian formal yang merimaskan.

5. Groupon Malaysia

Jika datang ke pejabat Groupon Malaysia cukup untuk membuatkan anda menjerit “WOW!!”. Para pekerja sudah pasti tidak merasakan diri mereka berada di pejabat kerana bebas bermain ping pong, snuker, bersantai sambil bermain Playstation, Ebox dengan begitu santai.

6. Nuffnang, Kuala Lumpur

Pejabat Nuffnang / Churp Churp dan ini membuat kami sedar satu perkara bahawa kerusi kacang itu boleh kita bersantai dengan lebih indah.

Mereka bukan sahaja mempunyai Xbox, mereka mempunyai Wii juga! Rasa mereka boleh mendapatkan menetapkan senaman mereka dengan Wii Sukan itu.

7. Rev Asia, Petaling Jaya

REV Asia memiliki dan mengendalikan jenama berkuasa dengan platform pengedaran yang luas yang mampu mencapai jumlah kira-kira 14 juta orang setiap bulan melalui kuasa pemasaran media sosial.

Tetapi apa yang lebih cool adalah,ruang pejabat mereka. Ia dilengkapi dengan bar, meja snooker, meja foosball dan banyak lagi. Oh! Memangg heaven.

8. Leo Burnett – Arc Worldwide, Kuala Lumpur

Leo Burnett Worldwide adalah sebuah syarikat pengiklanan American yang aktif di peringkat global. Kebanyakan pekerja berumur di antara 20 – 30an dan mereka pastinya sangat bertuah kerana mempunyai ruang kerja yang sangat selesa dan yang paling penting tak boring!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas