Connect with us

Oh! Media

7 Cara Untuk Wanita Sedang Haid Merebut Pahala Di Bulan Ramadhan

Umum

7 Cara Untuk Wanita Sedang Haid Merebut Pahala Di Bulan Ramadhan

Ramai wanita yang rasa frust bila diaorang tengah seronok nak berpuasa penuh, tak sampai sebulan berpuasa, tiba-tiba datang pula period. Ada sesiapa rasa macam ni tak? Lagi frust kalau period waktu petang hahahaha lagi beberapa jam nak berbuka, time tu juga lah dia datang. Betul tak?

ADVERTISEMENT

Kepada wanita di luar sana sedang period di bulan Ramadhan ni, korang ada rasa rugi tak bila tak dapat berbuka, bertarawih, bertadarus sekaligus meraih ganjaran pahala buat orang berpuasa. Siapa rasa seronok tak puasa tu, admin tak tahu nak cakap macam mana. Lagi-lagi lelaki yang tak puasa. Nak kata period, dari mana lelaki datangnya period? Kaum lelaki jangan nak banyak alasan!

Tapi itulah dia, fitrah buat wanita. Pernah Aisyah juga sedang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak. Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.” daripada Hadis Riwayat Bukhari.

Namun begitu, sebenarnya ada banyak lagi amalan yang boleh korang lakukan semasa korang period supaya korang boleh terus mengutip pahala di bulan yang mulia ini sebab mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa.

Daripada korang asyik stress dan emosional marah orang tak tentu pasal, baik korang merebut peluang ni di bulan ramadhan. Jadi, bagaimanakah caranya? Nak tahu tak? Benda simple je untuk korang senang-senang dapat pahala tau.

1. Tetap bangun sahur walaupun tak berpuasa

Dari Anas Bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda, “Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat keberkatan.” daripada Hadis Riwayat Bukhari. Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah S.W.T dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”

2. Banyakkan sedekah

Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini sepertimana sabda Rasulullah S.A.W, “Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.” Menurut Ibnu Abbas, “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah itu melebihi angin yang berhembus.” daripada Hadis Riwayat Bukhari.

3. Berzikir

Berzikir juga adalah dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia. Sebaliknya banyakkan membaca zikir mutlak (perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu) dan zikir muqayyad (perlaksanaannya dibatasi oleh waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu). Contoh zikir multak ialah membaca tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar). Manakala contoh bagi zikir muqayyad ialah membaca “Bismikallahumma ahya wa amut” ketika hendak tidur.

4. Beristighfar

Lazimi lidah kita dengan sentiasa beristighfar terutamanya pada waktu sahur. Allah telah berfirman iaitu orang-orang yang berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka. (Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar dan yang sentiasa taat, yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” Surah Ali Imran, Ayat 16 hingga 17.

5. Membaca Al-Quran

Terdapat perselisihan sama ada wanita haid dibenarkan atau tidak untuk membaca Al-Quran. Namun, pendapat yang kuat daripada Imam Malik, Imam Syafi’i dan Iman Ahmad menyatakan bahawa wanita haid adalah dibenarkan untuk membaca Al-Quran kerana tiada dalil yang mengharamkannya. Tetapi, mereka dilarang untuk memegang Al-Quran.

6. Menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” daripada Hadis Riwayat Tirmidzi.

7. Keluar melihat solat Hari Raya dan mendengar khutbah Raya 

Ummu Athiyah berkata,“Kami disuruh mengajak keluar wanita haid pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita haid perlu menjauhi tempat solat.” daripada Hadis riwayat Bukhari.

Cuti berpuasa tidak bermaksud korang bercuti goyang kaki je tanpa mengumpul pahala. Lakukan sebanyak mungkin kebaikan selain daripada itu seperti senyum dan berwajah ceria kepada sesama insan, membantu orang yang memerlukan pertolongan, menyediakan pakaian bagi mereka yang mahu bertarawih dan pelbagai lagi. Semoga apa yang admin share ni bermanfaat kepada korang semua!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas