Connect with us

Oh! Media

6 Suspek Ditahan Susulan Bergaduh Kerana Perempuan

Umum

6 Suspek Ditahan Susulan Bergaduh Kerana Perempuan

Hari ini tersebar lagi video menunjukkan sekumpulan lelaki bertumbuk di perkarangan restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan Pahang. Menurut laporan Berita Harian, dua orang penuntut universiti telah ditumbuk dan ditendang hanya kerana seorang wanita.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah malam itu, bagaimanapun telah mendapat tindakan perhatian polis dan 6 suspek utama telah berjaya ditahan hasil laporan yang dibuat.

Difahamkan, kejadian itu bermula selepas seorang lelaki mendakwa sebagai saudara kepada perempuan yang dikatakan bekas tunang pelajar IPT berusia 20 tahun itu menghubunginya untuk berjumpa.

“Ketika mangsa dan rakannya berada di situ, tiga kereta dinaiki kumpulan lelaki berkenaan menghampiri mangsa sebelum seorang daripadanya turut dan bertanyakan nama mangsa.

“Sebaik mangsa menjawab pertanyaan itu, lelaki terbabit mula membelasah mangsa sebelum disertai kira-kira 12 lagi suspek yang turut memukul rakan mangsa.

“Sekumpulan orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian berjaya meleraikan pergaduhan itu dan mangsa serta rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, kira-kira sejam selepas kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali.

Mohamad Noor turut berkata, siasatan awal pihaknya mendapati motif tercetusnya insiden itu disebabkan perselisihan faham kerana wanita. Dia berkata semua suspek tidak memiliki rekod jenayah dan kini direman mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas