Connect with us

Oh! Media

6 Perkara Anda Tak Pernah Tahu Tentang #MYCYBERSALE2016

Branded

6 Perkara Anda Tak Pernah Tahu Tentang #MYCYBERSALE2016

Mungkin ramai yang ternampak tentang #MYCYBERSALE2016 ni kat mana-mana tapi tak tahu pun apa yang menarik dengan #MYCYBERSALE ni sebenarnya? Ini sebenarnya merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara atas talian dalam masa yang sama terdapat jaminan yang anda boleh shopping sakan dengan mudah & selamat!

Memandangkan kami faham anda sibuk dan tak ada banyak masa nak ambil tahu macam-macam perkara dalam internet ni, berikut Oh! Media kongsikan secara ringkas tentang 5 perkara yang anda tak tahu tentang #MYCYBERSALE2016 yang akan bermula pada 26 hingga 30 September 2016 ini.

1. Disertai lebih 600 eTailers pada tahun ini.

Dengan penglibatan yang jauh lebih tinggi dari tahun-tahun sebelum ini, jelas sekali bahawa #MYCYBERSALE tahun ini akan memberikan kelainan yang luar biasa. Penglibatan lebih 600 eTrailers menjadikan #MYCYBERSALE2016 ini satu acara yang amat dinanti-nantikan.

2. Lebih 100 jenama membuat promosi terendah

Jangan risau sebab di #MYCYBERSALE2016 ni barangan berjenama yang anda suka pun akan dijual pada harga promosi yang cukup rendah di mana tidak pernah berlaku selain di #MYCYBERSALE sahaja. Tak kiralah anda nak makeover diri sendiri dengan pelbagai fasyen terkini, nak travel satu dunia, atau anda seorang yang gilakan gadget, semuanya ada di #MYCYBERSALE2016 kali ini.

3. Lebih 10,000 penyertaan dari para peniaga.

Penyertaan yang sangat tinggi daripada para peniaga pada tahun ini membuatkan mereka yang cuba elak diri dari shopping online gagal kerana tawaran #MYCYBERSALE yang terlampau best!

4. Disertai 4 syarikat penerbangan (MAS, AirAsia, Firefly,  dan Malindo Holidays).

Penglibatan dari 4 syarikat penerbangan gergasi di Malaysia membuatkan siapa yang gemar melancong ke luar negara gerenti tak boleh duduk diam dan tengok sahaja. Ini peluang terbaik untuk ‘grab’ apa sahaja promosi yang akan syarikat penerbangan ni sediakan semasa #MYCYBERSALE nanti.

5. Tawaran lebih dari 90% akan diberikan.

Jika anda ingat potongan harga yang rendah diberikan, anda silap besar! Sebabnya banyak tawaran yang diberikan semuanya tinggi sehinggakan lebih dari 90% pun ada! Pernah jumpa tempat lain? Kalau ada pun banyak yang menipu tapi ingat baik-baik, #MYCYBERSALE ni setahun-sekali sahaja dan ianya dipantau ketat oleh pihak berwajib.

6. Follow #MYCYBERSALE di LINE untuk tawaran istimewa LINE sahaja.

Untuk yang aktif di aplikasi LINE, anda boleh follow #MYCYBERSALE di sana kerana ada banyak juga tawaran khas yang hanya ditawarkan di akaun LINE rasmi mereka. Tak rugi pun dah terlanjur anda aktif di LINE tu apakata tengok sekali mana tahu banyak tawaran yang berkenan di hati? Hehe!


#MYCYBERSALE2016 merupakan satu penganjuran mega oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurityMalaysia dan SME Corp. Layari website www.mycybersale.my untuk mula shopping bermula 26 hingga 30 September 2016 ini.

Jangan cakap Oh! Media tak payung!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas