Connect with us

Oh! Media

“5 Tahun Simpan Hasrat Akhirnya….” – Erra Fazira

Umum

“5 Tahun Simpan Hasrat Akhirnya….” – Erra Fazira

Erra Fazira mengaku yang dia rasa gementar sebab tak lama lagi dia bakal menunaikan haji di tanah suci Makkah. Dan sis paling salute dengan dia adalah dia bakal menunaikan ibadah itu secara bersendirian, tanpa ada mahram. Wow! Berani betul Erra Fazira ni ya?

ADVERTISEMENT

“Saya akan berangkat menunaikan haji pada awal Ogos dan sebenarnya sudah lima tahun saya menyimpan hasrat ini. Ada beberapa syarat yang patut saya patuhi dan sekarang adalah masa yang sesuai, usia pun sudah layak dan Alhamdulillah saya dipanggil ke sana.

“Sejujurnya saya gementar tetapi sangat teruja dan sudah tidak sabar. Itu perkara baik dan perjalanan ini antara saya dan Tuhan, semoga ia dipermudahkan,” katanya.

Apapun, sis amat berbangga dengan beliau kerana dia bangkit menjadi seorang yang tabah dan baik. Fuh! Selamat menunaikan ibadah, Erra Fazira. Semoga Allah selalu melindungi Erra. Amin. Korang pula bila nak pergi daripada asyik jadi keyboard warrior je?

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas