Connect with us

Oh! Media

5 Orang Anak Muda Malaysia Ini Buktikan Yang Korang Juga Boleh Berjaya Dalam Apa Bidang Sekalipun

Branded

5 Orang Anak Muda Malaysia Ini Buktikan Yang Korang Juga Boleh Berjaya Dalam Apa Bidang Sekalipun

Berikut adalah kejayaan 5 orang anak muda Malaysia yang berjaya di dalam kerjaya pilihan masing-masing sekaligus menjadi contoh terbaik dan pencetus semangat kepada pel apis muda di Malaysia.

1. Faeez Fadhillah

Berlatar-belakangkan pelajar jurusan Mechanical Engineering, siapa sangka beliau boleh terus melompat masuk ke dalam bidang pelancongan yang popular di Malaysia. Faeez Fadhillah merupakan seorang CEO and Co-founder of Tripfez, sebuah portal innovasi untuk menggalakkan pelancong muslim.

Baru-baru ini, Faeez turut tersenarai di dalam senarai Forbes 30 (Under 30) serta telah memenangi pelbagai anugerah seperti Young Technopreneur 2013 daripada NEF-Awani.

Dari seorang pelajar Mechanical Engineering ke bidang pelancongan, ini membuktikan bahawa bidang hospitaliti adalah satu pilihan yang tepat untuk dirinya.

2. Yunalis Mat Zara’ai

Lebih dikenali sebagai Yuna, beliau adalah ikon yang tidak asing lagi di Malaysia. Yuna berjaya menempa nama dalam industri seni dan semakin popular bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia.

Agak-agak Yuna ni dulu memang belajar kos yang berkaitan dengan seni ke? Tidak. Beliau berkelulusan di dalam Pengajian Undang-Undang. Jauh tersasar kan daripada law student kepada seorang penyanyi? Tapi ini yang menjadikan Yuna sebagai penggiat seni yang bijak dan hebat.

Ini membuktikan kita semua boleh berjaya tidak kiralah apa bidang sekalipun.

3. Ian Chua

Korang pernah tak beli barang seperti barang kecantikan dekat laman web Hermo? Inilah orang disebalik kewujudannya. Beliau seorang pelajar berkelulusan Sains Komputer dan dari situ terus bergiat aktif mewujudkan laman web.

Mungkin nampak tak lari jauh dari bidang yang dipelajarinya tetapi jejaka berasal dari Johor ini tidak mengendahkan apa yang orang kata dan mewujudkan lawan web menjual barangan kecantikan online. Itu lah kalau nak berjaya jangan diambil kira sangat apa yang masyarakat katakan. Teruskan buat apa yang korang nak buat ikut kata hati sendiri.

4. Wee Kiat Teo

Berkelulusan Finance dan Accounting, beliau terjun ke dalam bidang perniagaan pada usia yang muda. Berbekalkan sedikit pengalaman, beliau bertindak dengan memulakan perniagaan myBurgerLab.

Mesti korang pernah dengar nama tu kan kerana sehingga kini myBurgerLab dah mempunyai banyak cawangan di Malaysia.

5. Keith Nair

Beliau adalah seorang alumni dari Taylor’s University pada tahun 2007 yang berkelulusan BA (hons) Hospitality and Tourism Mangement in Food and Beverage Management.

Berbekalkan ilmu dalam bidang hospitaliti dan pelancongan, pelbagai kejayaan telah dikecapinya seperti bergelar juara untuk MONIN Mix Master Championship 2006 dan mendapat tempat ke-2 di TGI Fridays Asia-Pacific-Middle East World Championship 2007.

Sebelum berkerja sebagai Relationship Manager – Corporate & Private Clients di Edrington, Keith Nair pernah memegang jawatan Operasi Kualiti & Perkhidmatan di Guinness Anchor Berhad dan Pengurus Inovasi Minuman di Monin Asia KL Sdn Bhd. Kejayaan Keith Nair di dalam bidang hospitaliti dan pelancongan banyak membuka mata anak muda untuk turut berjaya sepertinya.

Kisah 5 anak muda Malaysia ini telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Dengan adanya “passion”, ianya akan menjadi “profession” untuk mengecapi kejayaan yang tersendiri.

Di Taylor’s University, pengalaman yang dimiliki adalah lebih lagi dari sekadar pendidikan. Mereka mempunyai banyak program untuk dipilih sebagai karier pada masa depan. Hospitaliti antara program yang mungkin menjadi pilihan korang!!

Taylor’s University mempunyai lebih daripada 156 kerjasama antarabangsa, 136 kerjasama
tempahan, daripada 17 negara di seluruh dunia.

Cara pembelajaran dengan kaedah yang menyeronokkan di Taylor’s University memberikan pengalaman yang luar biasa bersama dengan ramai pelajar dari seluruh dunia. Kerana itulah Taylor’s University lebih dari sekadar pendidikan.

Percayalah bahawa bidang hospitaliti menjamin kerjaya di dalam bidang pelancongan dan juga seni kulinari di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Taylor’s University, layari website mereka di
www.taylors.edu.my/university



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas