Connect with us

Oh! Media

45 Tahun Memerintah – Sultan Ahmad Shah Serah Takhta

Image2b2528652529jpg

Umum

45 Tahun Memerintah – Sultan Ahmad Shah Serah Takhta

Setelah hampir 45 tahun memerintah negeri Pahang, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang merupakan Sultan Pahang kelima telah menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah.

Pengumuman berhubung pelantikan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini.

Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan pada 15 Januari ini.

IKLAN

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas