Connect with us

Oh! Media

Lebih 44 Kerusi Penonton Pasukan Indonesia Dirosakkan Dengan Sengaja

Umum

Lebih 44 Kerusi Penonton Pasukan Indonesia Dirosakkan Dengan Sengaja

Semalam pasukan bolasepak negara sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya menumbangkan Indonesia buat kali kedua dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 dengan jaringan 2-0.

ADVERTISEMENT

Tetapi apa yang ditinggalkan penyokong pelawat di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan malam tadi amat menyedihkan. Ini selepas beberapa gambar telah tersebar dan menunjukkan keadaan kerusi di stadium yang telah dirosakkan dengan sengaja.

Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium. Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM pula menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti (tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak). – kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud

Jadi sekarang pihak stadium hanya menanti keputusan dari FAM dan mengatakan isu ini tidak perlu dibesar-besarkan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas