Connect with us

Oh! Media

4 Penguatkuasa MBSA & Penjual Rokok Seludup Direman Selama 7 Hari

Umum

4 Penguatkuasa MBSA & Penjual Rokok Seludup Direman Selama 7 Hari

Akhirnya kesan daripada video yang dikongsikan oleh seorang pemilik Hot Burger Malaysia, Asri Janggut tentang kewujudan pusat judi haram online dan kedai menjual rokok seludup membuahkan hasil apabila 4 penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang individu yang disyaki sebagai penjual rokok seludup berjaya ditahan.

ADVERTISEMENT

Kesemua mereka yang ditahan akan direman selama 7 hari bermula pagi ini. Untuk pengetahuan korang, 2 daripada mereka yang direman adalah penguatkuasa yang bertugas di Sungai Buloh dan Shah Alam. Selain itu, Amalan rasuah yang dijalankan menjadi punca perniagaan haram ini dilindungi oleh penguatkuasa yang menerima bayaran sebanyak RM300 hingga RM3500 untuk setiap premis.

Isu ini juga teleh mendapat perhatian dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang telah pergi ke tempat kejadian. Oleh yang demikian, mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

OHMEDIA: SEMOGA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM RASUAH INI MENDAPAT HUKUMAN YANG SETIMPAL

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca 4 penguatkuasa MBSA dan penjual rokok seludup direman selama 7 hari di Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas