Connect with us

Oh! Media

3 Penduduk Israel Mati Akibat Serangan Roket Dari Gaza

Umum

3 Penduduk Israel Mati Akibat Serangan Roket Dari Gaza

Perubatan perubatan rejim Zionis mengesahkan 3 orang terbunuh di Israel dalam serangan roket yang dilancarkan dari arah Gaza pada selasa lalu.

ADVERTISEMENT

Hasil daripada serangan itu, seorang wanita berusia 50 tahun di bandar Rishon Letzion manakala dua orang penduduk di bandar Ashkelon termasuk seorang penduduk india akibat daripada serangan tersebut.

Serangan dari roket yang lain turut menghentam sebuah sekolah kosong di Israel setelah diperintahkan tutup kerana risiko serangan.

Sejak malam Isnin lalu, para pejuang Gaza telah melancarkan lebih 300 roket ke arah Israel selepas tentera Israel melancarkan serangan udara melibatkan 80 jet sehingga menyebabkan sebuah bangunan setinggi 13 tingkat di Gaza ranap hasil serangan terbabit.

Walaubagaimanapun, tindakan pantas Palestin mengarahkan penduduk di bangunan tersebut untuk mengosongkan bangunan itu sebelum serangan dari Israel tiba.

Menteri Pertahanan sementara Israel, Benny Gantz mengarahkan supaya tentera rejim Zionis meneruskan serangan di Genting Gaza selain turut membenarkan 5,000 anggota simpanan untuk memperkuatkan lagi pertahanan Israel.

Dalam pada itu, angka kematian akibat serangan udara tentera rejim Zionis pada Isnin lalu di Gaza meningkat kepada 32 orang termasuk kanak-kanak.

Semoga penduduk di Gaza dilindungi daripada Rejim Zionis Israel.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas