Connect with us

Oh! Media

2018 Tahun Rokok Berevolusi. Bukti Rokok Tembakau Akan Pupus?

Branded

2018 Tahun Rokok Berevolusi. Bukti Rokok Tembakau Akan Pupus?

Baru-baru ini ada desas-desus tentang rokok tradisional berasaskan tembakau akan berevolosi pada tahun 2018 ni. Korang pernah terfikir tak kenapa rokok ni dari dulu sampai sekarang masih sama dan tak mengikut perkembangan zaman sedangkan kereta pun dah menggunakan hybrid, elektrik, dan sebagainya untuk menggantikan Petrol.

Sehingga hari ini, rokok masih lagi mengeluarkan asap yang tidak menyenangkan orang sekeliling, memberi rasa ketagihan, dan merosakkan kesihatan samaada perokok mahupun yang berada berhampiran mereka.

2018 Tahun Rokok Berevolusi Sepenuhnya

Terdapat desas-desus bahawa syarikat rokok tembakau sendiri telah mula beralih ke arah rokok jenis elektronik untuk menggantikan tembakau. Di USA ketika ini, rokok elektronik lebih popular berbanding rokok tradisional berasaskan tembakau kerana ramai yang telah mempunyai kesedaran untuk berhenti walaupun sebelum ini untuk berhenti dari merokok bukanlah satu perkara yang mudah.

Apa Kesannya Kepada Perokok?

NanoSTIX telah membuktikan ramai yang berhenti terus dari merokok selepas menggunakannya. Ada yang sebelum ini menghisap lebih 30 batang rokok sehari tetapi dalam tempoh 48 jam telah berubah daripada 30 batang kepada 1 batang rokok sahaja.

Semua itu tak mungkin berlaku sama-sekali tanpa bantuan alat seperti nanoSTIX ini. NanoSTIX ini wujud dengan ketumpatan pelbagai perisa pilihan yang disempurnakan dengan teknologi yang dipanggil “Nano-Nicotine” yang mana membantu membekalkan Nicotine secukupnya untuk badan perokok sehinggalah akhirnya badan perokok tidak lagi memerlukan Nicotine. Maka ketagihan kepada rokok pun akan hilang dengan serta-merta.

Apa Beza TRD & Vape?

Tobacco Replacement Device (TRD) seperti nanoSTIX ini menggunakan teknik yang lebih kurang sama tetapi sebenarnya ianya jauh berbeza terutamanya kepada cecair yang digunakan. Ia bukanlah cecair biasa yang digunakan kepada flavor vape tetapi telah melalui banyak proses bagi membantu para perokok untuk berhenti merokok dengan lebih mudah.

Apa Kesannya Kepada Orang Sekeliling?

NanoSTIX memberi kepuasan dan kenikmatan sama seperti merokok tetapi berita baik untuk orang sekeliling bahawa kini tiada lagi bau asap yang busuk, lantai yang kotor dengan habuk dan putung rokok dibuang merata-rata. nanoSTIX sama-sekali tidak akan memberikan kemudaratan kepada orang sekeliling mahupun alam sekitar.

Apa Kesannya Kepada Syarikat Rokok?

Perkembangan produk seperti nanoSTIX sekaligus memberikan tamparan hebat kepada pengeluar rokok tradisional yang berasaskan tembakau pada hari ini. Tidak hairanlah jika tahun 2018 ini kita akan lihat lebih banyak syarikat rokok tembakau mula beralih secara perlahan-lahan kepada rokok elektronik seperti nanoSTIX.

nanoSTIX telah mula dijual di pasaran tempatan dengan harga hanya RM148 (pek permulaan) yang datang dengan 1 set nanoSTIX dan nanoPODS melalui website Oh! Media Shop atau Facebook nanoSTIX Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas