Connect with us

Oh! Media

163 Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan Terima Bantuan Perniagaan

A5b6e72d 9011 4efa 86db 516c4cf2d9aejpeg

Oh! Lifestyle

163 Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan Terima Bantuan Perniagaan

Seramai 163 usahawan belia Negeri Sembilan telah menerima bantuan geran memulakan perniagaan sebanyak RM2.5 juta di bawah program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) anjuran Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) tahun ini.

Timbalan Ketua Eksekutif II SME Corp, Mohd Rithaudden Makip berkata, setiap permohonan di bawah program TUBE, akan dinilai sebaik mungkin bagi memastikan hanya peserta yang benar-benar layak akan dipilih.

“Selama lima tahun penganjuran program TUBE, kita telah menerima 37,000 permohonan dari seluruh negara dan tahun ini sahaja kita sudah mempunyai 2,000 peserta, termasuk 163 dari Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas program TUBE di sini, hari ini.

IKLAN

Selain TUBE, bagi memperkasa usahawan Bumiputera, Mohd Rithaudden berkata, SME Corp turut menyediakan pembiayaan di bawah Program Peningkatan Bumiputera (BEEP) dalam bentuk geran.

Beliau berkata, sejak 2009 hingga 13 Oktober lepas, sebanyak 1,995 permohonan BEEP telah diluluskan membabitkan geran RM189.26 juta.

“Melalui jumlah tersebut sebanyak 150 kelulusan membabitkan geran RM14.58 juta telah disalurkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera Negeri Sembilan,” katanya.

Sumber: Sinar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas