Umum
10 Tempat Sering Jadi Tumpuan Untuk Shopping Raya

Bila tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan keluar berbelanja membeli segala keperluan pakaian baru, persiapan rumah, kuih muih dan sebagainya.
Di sekitar Kuala Lumpur sendiri ada beberapa tempat yang sering menjadi tumpuan untuk shopping raya.
Nama-nama tempat yang disenaraikan dibawah mungkin terlalu familiar bagi anda namun masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.
1. Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR)
2. Mid Valley Megamall

3. Suria KLCC

4. Pavillion

Rasai keseronokan membeli-belah yang menawarkan barangan berkualiti, fesyen dan banyak lagi aksesori lain di 500 kedai. Di sekitar Pavillion dihimpunkan 7 butik berjenama yang di kenali dunia. Pavilion merupakan pusat beli-belah yang selalu dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong asing.
5. Kenanga Wholesale City

6. Sunway Pyramid

7. One Utama Shopping Centre

Destinasi beli-belah terkemuka negara, One Utama Shopping Centre menggabungkan gaya hidup perdana dan tempat tumpuan hiburan. Pelbagai kedai dengan jualan masing-masing menawarkan harga berpatutan.
8. Berjaya Times Square

Terletak di Jalan Imbi dan menempatkan 1000 lot kedai. Sama ada anda ingin membeli pelbagai jenis pakaian, penginapan mewah, kemudahan perniagaan atau restoran, Berjaya Times Square mempunyai semua itu di bawah satu bumbung.
9. Johor Premium Outlet

JPO atau dikenali Johor Premium Outlet merupakan pusat membeli belah diskaun untuk produk terkemuka dimana kita boleh membeli dengan harga yang berpatutan. Ia terletak di Kulaijaya dan terdapat hampir 80 jenama terkenal yang dijual di Johor Premium Outlets (JPO). Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Serius, memang rambang mata dibuatnya bila anda berada di sini.
10. Mitsui Outlet Park, KLIA

Ini merupakan tarikan terbaru di Lembah Klang. Konsep tempat membeli-belah ini adalah sama dengan JPO iaitu konsep factory-outlet yang menyediakan produk dan jenama terkemuka dari seluruh dunia untuk para pelanggan terutama sekali pelancong. Jenama terkemuka yang ada di sini ialah Nike, Adidas, Clarks, Cotton on, Puma, Sasa, dan banyak lagi. Jadi kalau anda nak rasai sendiri pengalaman membeli-belah dengan harga yang berpatutan dan barang yang dijamin berkualiti, kami syorkan anda membeli belah untuk persiapan raya anda di sini.
