Connect with us

Oh! Media

10 Permainan Video Akan Datang Untuk Sony Playstation 5 Yang Korang Boleh Cuba Nanti!

Umum

10 Permainan Video Akan Datang Untuk Sony Playstation 5 Yang Korang Boleh Cuba Nanti!

Pihak Sony baru je melancarkan Playstation 5 namun setakat ini tidak ada lagi harga rasmi yang diumumkan oleh pihak Sony. Pelancaran PS5 menyaksikan peningkatan besar dari segi grafik untuk game yang akan dibawa. jadi Kali ini Ohmedia nak kongsikan 10 permainan video yang akan dikeluarkan ekslusif di PS5 nanti.

ADVERTISEMENT

Gran Turismo 7

Sumber gambar dari Just Push Start

Setelah beberapa tahun Polyphony Digital berpuas hati dengan GT Sport, akhirnya mereka bersedia untuk mengeluarkan GT7 untuk PS5 nanti. Menurut info, ada peningkatan yang sangat ketara dari segi gameplay dengan hadirnya controller baru, DualSense dari Sony. Berdasarkan trailer juga, kita boleh lihat grafik permainan yang lebih realistik dan bahagian dalam kereta yang lebih detail.

Spider-Man Miles Morales

Sumber gambar dari HITC

Permainan video ini akan segera dilancarkan oleh Sony kerana penerimaan game berkenaan pada tahun lepas yang dimainkan di PS4 mendapat sambutan hangat. Dikatakan game ini akan menampilkan jalan cerita yang baru bagi watak Miles Morales melawan orang jahat yang lebih bahaya. Persoalan yang timbul, adakah Peter Parker mati ataupun hanya mendidik Miles dari jauh?

Ratchet and Clank: Rift Apart

Sumber gambar dari Report Door

Pengembaraan baru dari dua watak ikonik berkenaan akan dibawa dalam game yang bertajuk Ratchet and Clank Rift Apart. Game ini akan memanfaatkan sepenuhnya ray-tracing power yang ada pada PS5, menjadikan grafik lebih detail dan menarik. Dari tajuk, agak-agak korang dah boleh bayang ke jalan cerita game ni?

Stray

Sumber gambar dari IGN.com

Berdasarkan carian kami di internet, game ini memfokuskan eksplorasi yang membabitkan puzzle solving dan action scene. Lebih menarik lagi, main character dalam game ini adalah seekor kucing. Seekor kucing? Macam menarik. Untuk info korang, Stray sebelum ini dikenali sebagai HK_Project beberapa tahun lepas.

Ghostwire Tokyo

Sumber gambar dari Eurogamer

Game ini dibina oleh Shinji Mikami yang popular dengan game The Evil Within, bergenre survival horror. Namun untuk game ini, genre action-adventure dengan elemen seram dibawa kedalamnya, membuatkan game ini lebih hype. Idea asal game ini adalah misteri kepada kehilangan populasi penduduk Tokyo.

Demon Souls

Sumber gambar dari Gamesradar

Game ini menjadi salah satu game yang menjadi perbincangan hangat. Ini kerana gameplay dan grafik yang hadir pada game berkenaan cukup baik. Bagi korang yang tak tahu, game ini menceritakan tentang seorang pahlawan mencari wilayah yang ditakluki oleh demon, yang menjadikan jiwa sebagai korban untuk meningkatkan kuasa.

Resident Evil 8: Village

Sumber gambar dari Bloody Disgusting

Game ini merupakan game yang ditunggu-tunggu oleh para gamers selepas melihat trailer yang keluar dalam pelancaran PS5.Dikatakan game ini akan menampilkan jalan cerita dan karakter baru serta pengalaman grafik yang ditingkatkan bersesuaian untuk PS5.

Horizon Forbidden West

Sumber gambar dari Polygon

Game ini merupakan sekuel daripada game Horizon Zero Dawn. Selain game yang disebutkan sebelum ini, Horizon Forbidden West turut tampil dengan grafik dan gameplay yang gempak. Game ini merupakan kesinambungan kisah Aloy di mana dia terpaksa berdepan dengan ancaman baru yang lebih serius.

Astro’s Playroom

Sumber gambar dari VG247.com

Siapa tidak kenal dengan watak ikonik bagi Playstation sejak ia deperkenalkan untuk PS4. kali ini, kita dapat merasai pengalaman sebenar menggunakan controller DualSense yang dilancarkan untuk PS5. Banding dengan PS4, berdasarkan trailer kali ini game ini nampak lebih advanced sedikit dari segi gameplay.

Project Athia

Sumber gambar dari YouTube

Tak banyak info yang kami ketahui mengenai game ini. Berdasarkan trailer pun tak banyak maklumat yang boleh kami dapatkan kecuali grafik cukup baik yang dipersembahkan. Yang pasti, game ini dibina oleh Luminious Studios eksklusif untuk PS5 sahaja.




OHMEDIA: BANYAK LAGI PERMAINAN VIDEO YANG AKAN DIKELUARKAN KHAS UNTUK PS5 NANTI. PASTINYA PARA PEMBANGUN GAME SEDANG BEKERJA KUAT BAGI MENGHASILKAN PERMAINAN YANG MENARIK. APA YANG OHMEDIA HARAP AGAR GRAFIK YANG DIJANJIKAN PADA PS5 SAMA GEMPAKNYA DENGAN TRAILER YANG DITUNJUKKAN. 

+ Baca respon pembaca 10 permainan video yang akan datang untuk Sony Playstation 5 di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas