Connect with us

Oh! Media

10 Fakta Tentang Presiden Amerika Syarikat Yang Baru, Donald Trump

Umum

10 Fakta Tentang Presiden Amerika Syarikat Yang Baru, Donald Trump

 

Pilihan raya untuk memilih president Amerika Syarikat yang baru menjadi perbualan hangat diseluruh dunia. Kerana, siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin negara itu sudah pasti ada kesannya kepada negara-negara lain.

Maka, pada 8 November 2016 menyaksikan Donald Trump menang pilihan raya mengalahkan Hillary Clinton dan berjaya menjadi President Amerika Syarikat yang baru mengantikan Barrack Obama.

ADVERTISEMENT

Berikut merupakan 10 fakta tentang Donald Trump.

1. Nama Sebenar 

Nama sebenar Donald Trump adalah Donald John Trump.

2. Tarikh Lahir

Dilahirkan pada 14 Jun 1946 di New York City, Amerika Syarikat.

3. President Tertua Amerika Syarikat


Apabila memenangi pilihan raya Amerika Syarikat pada 8 November yang lalu, sekaligus menjadikan Trump adalah president paling tua Amerika Syarikat yang dilantik pada usia 70 tahun.

4. Keturunan


Ayah Trump berketurunan Jerman manakala ibunya keturunan Skotlandia.

5. Profesion 

 Beliau merupakan seorang usahawan terkenal dalam bidang hartanah.

6. Muncul dalam rancangan The Apprentice


Donald Trump pernah menjadi penerbit eksekutif dan pengacara dalam rancangan The Apprentice dan The Celebrity Apprentice pada tahun 2004.

7. Pernah Bangkrup sebanyak 6 kali


Perniagaan hotel dan kasino milik Trump pernah mengalami kebankrapan selama 6 kali diantara tahun 1991 dan 2009.

8. 3 Isteri dan 5 Anak


Pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan Melania Knauss merupakan isterinya kini. Trump juga mempunyai 5 anak sepanjang perkahwinannya dari isteri pertama.

9. Nilai Aset


Forbes menganggarkan kekayaan Donald Trump bernilai $3.7bilion sekaligus menjadikan dia ahli politik paling kaya dalam sejarah Amerika Syarikat.

10. Kontroversi

Trump terkenal dengan sikapnya yang anti-Islam, rasis dan sexist. Malah perlantikan Trump sebagai President Amerika Syarikat merupakan satu mimpi buruk buat rakyat Amerika sendiri. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas