Connect with us

Oh! Media

Zayn Rayyan Dipercayai Dicekik, Kecederaan Datang Akibat Mempertahankan Diri

zayn rayyan

Trending

Zayn Rayyan Dipercayai Dicekik, Kecederaan Datang Akibat Mempertahankan Diri

Lagi laporan hasil siasatan terkini kes pembunuhan adik Zayn Rayyan Abdul Matin daripada pihak polis dan kali ini datang dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Dipanggil Semula Untuk Siasatan. Polis Tubuh ‘Task Force’

Hasil bedah siasat mendapati kesan cedera di leher mendapat Zayn dicekik dengan kuat.

Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja.

Mangsa juga sebelum ini dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di tempat tubuhnya dijumpai. Kawasan tempat mangsa ditemui juga merupakan kawasan terpencil yang jarang dilalui orang awam. Oleh itu, polis percaya suspek sangat pakar dengan kawasan itu dan merupakan orang terdekat.

Kita boleh rumuskan dari usaha pencarian oleh IPD Petaling Jaya selama dua hari di tempat sama tetapi (mangsa) tidak ditemui.

Namun, ditemui pada hari kedua, lewat malam semalam. Mengambil dari situ kita boleh rumuskan mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ.

Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas