Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Dipanggil Semula Untuk Siasatan. Polis Tubuh ‘Task Force’

zayn rayyan polis ohmedia

Trending

Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Dipanggil Semula Untuk Siasatan. Polis Tubuh ‘Task Force’

Al-Fatihah buat anak syurga Zayn Rayyan Abdul Matin. Berita pemergiannya masih mengejutkan ramai rakyat Malaysia apabila hasil siasatan pihak polis mendapati adik Zayn mati dibunuh.

BACA: Hasil Siasatan Pihak Polis Dapati Adik Zayn Rayyan Dibunuh

Setakat ini pihak polis memaklumkan telah menubuhkan pasukan khas (task force) yang akan memfokuskan pada penyiasatan kes bunuh. Ini selepas bedah siasatan menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

IKLAN

Ya, kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa untuk bantu siasatan polis. Selain itu, kita turut wujudkan task force fokus untuk membantu dalam siasatan kes ini. – Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Ketika ini, pihak polis sedang giat menjalankan operasi mengesan suspek sejak mayat adik Zayn ditemui.

Sama-sama kita doakan agar pelaku yang tergamak membunuh anak tidak berdosa ini mendapat hukuman yang setimpal.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas