Connect with us

Oh! Media

“Zayn Lahir 9 Bulan Lepas Kahwin” – Zayn Rayyan Tiada Bapa Tiri, Keluarga Minta Henti Sebar Spekulasi

Zayn Rayyan 2

Trending

“Zayn Lahir 9 Bulan Lepas Kahwin” – Zayn Rayyan Tiada Bapa Tiri, Keluarga Minta Henti Sebar Spekulasi

Sejak minggu lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita adik Zayn Rayyan yang ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah rupanya mati dibunuh.

Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan terperinci untuk mencari pelaku kejadian tragis ini.

Terbaru, pihak keluarga menerusi satu hantaran TikTok menafikan dakwaan arwah mempunyai bapa tiri. Kata Ziyad Anas Zahari, Zayn lahir 9 bulan selepas ibu dan ayahnya berkahwin.

IKLAN
@ziyadanaszahari zayn takde ayah tiri, zayn lahir 9 bulan lepas kahwin so stop spreading the rumors. They are happy family from the beginning. #zaynrayyan #justiceforzaynrayyan ♬ Dirgahayu – Faizal Tahir

Lelaki ini merayu orang ramai berhenti menyebarkan fitnah dan spekulasi mengenai keluarga itu. Jelasnya, Zayn Rayyan dibesarkan dalam keluarga yang sangat bahagia.

Datuk arwah, Zahari Mohd Reba turut memuat naik status meluahkan rasa sedih setiap kali melihat wajah cucu kesayangannya itu.

Zahari
Datuk zayn

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan bahawa petunjuk suspek kes bunuh yang dimiliki ketika ini menjurus kepada seorang individu.

Antara bahan siasatan yang sedang diteliti adalah rakaman dashcam setiap kenderaan penduduk.

BACA: Petunjuk Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Menjurus Kepada Seorang Individu Sahaja

Kredit: TikTok Ziyad Anas Zahari | Facebook Zahari Mohd Reba

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas