Connect with us

Oh! Media

Petunjuk Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Menjurus Kepada Seorang Individu Sahaja

zayn rayyan

Trending

Petunjuk Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Menjurus Kepada Seorang Individu Sahaja

Ketika ini pihak polis masih giat memburu suspek yang membunuh adik Zayn Rayyan Abdul Matin dengan segala petunjuk yang ada. Setakat ini, semua fakta dan petunjuk sedang diteliti pihak polis dan kita mengharapkan agar suspek ini berjaya diberkas tidak lama lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Cap Jari Disyaki Milik Suspek Bunuh Zayn Rayyan Dihantar Ke Makmal

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam pada itu menyatakan bahawa petunjuk yang dimiliki ketika ini menjurus kepada seorang individu.

Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua ‘database’ polis dan juga ‘mass screening’.

Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang individu.

Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu.

Kita tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta.

Antara bahan siasatan yang sedang diteliti adalah rakaman dashcam setiap kenderaan penduduk. Bagaimanapun, polis masih belum menjumpai apa-apa objek yang boleh dikaitkan sebagai alat digunakan suspek untuk membunuh.

Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa. Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada malam. Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat. Kita percaya pada petang itu.

Kita hendak melihat ataupun menyiasat siapa yang selalu berlegar di situ, stor ini untuk penyimpanan barang-barang lusuh dan juga barang-barang kitar semula, jadi adakah kemungkinan penjenayah ada pernah ke situ, kita (mahu) lihat (padanan) cap jari di situ.

Sebab itu saya kata siasatan ini terbuka dan kita melihat dari pelbagai sudut, sama ada daripada dalam kawasan atau luar kawasan itu. Kita tidak mahu terlepas mana-mana sudut dalam siasatan ini. Stor berkunci dan ada penjaga.

Sama-sama kita doakan agar usaha pencarian suspek ini dipermudahkanNya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas