Connect with us

Oh! Media

Yusof Haslam Tidak Kisah Puteri Sarah Bertemu Dengan Lelaki Lain

yusof haslam

Oh! Artis

Yusof Haslam Tidak Kisah Puteri Sarah Bertemu Dengan Lelaki Lain

Datuk Yusof Haslam, pengarah dan penerbit terkenal berkata dia tidak pernah melarang jika Puteri Sarah, bekas menantunya bertemu dengan lelaki baru untuk menjalinkan hubungan cinta selepas bercerai dengan suaminya, Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

Pengarah terkenal itu turut berkata setiap manusia mempunyai hak untuk mencari dan merasa bahagia juga tidak terkecuali Puteri Sarah.

Saya tiada masalah jika dia (Puteri Sarah) bertemu dengan lelaki lain. Jika ditakdirkan dia kembali semula (dengan Syamsul), alhamdulillah.

Tetapi, jika dia tidak kembali, dan bertemu dengan lelaki lain, saya berharap agar dia bertemu dengan seseorang yang boleh memberikannya kebahagiaan.

Kita semua manusia dan manusia berhak untuk mengecap rasa bahagia. Lagipun, hubungan kami masih baik. Anak-anak dia adalah cucu saya.

Malah, Yusof memaklumkan yang isterinya, Datin Patimah Ismail juga memahami sekiranya Puteri Sarah memiliki seseorang teman baharu dalam hidupnya.

yusof haslam

Sebelum ini, Syamsul Yusof melafazkan talak satu setelah Puteri Sarah memfailkannya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

BACA: Yusof Haslam Akui Tetap Jadikan Puteri Sarah Menantu Kesayangan

Sedikit info, Datuk Yusof Haslam pernah mengaku bahawa bekas menantunya, Puteri Sarah tetap dijadikan sebagai menantu kesayangan mereka.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas