Connect with us

Oh! Media

Yusof Haslam Akui Tetap Jadikan Puteri Sarah Menantu Kesayangan

Oh! Artis

Yusof Haslam Akui Tetap Jadikan Puteri Sarah Menantu Kesayangan

Semalam telah berlangsungnya sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), antara pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

ADVERTISEMENT

BACA : “Kami Boleh Buat Haluan Masing-Masing” – Puteri Sarah Nekad Bawa Haluan Sendiri

Puteri Sarah juga menyatakan pada malam Ahad dia, Syamsul dan saksi lain sudah bertemu untuk berbincang dengan baik dan mereka bersetuju untuk berpisah secara baik dengan syarat yang dikenakan.

Menurut laporan Harian Metro, bapa kepada Syamsul, Datuk Yusof Haslam sedih tapi pasrah dengan perkara itu.

Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.

Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.

Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun.

Pengarah itu juga mengatakan yang dirinya bersama isteri, Datin Patimah tidak akan hadir ketika prosiding lafaz cerai pada 18 April nanti.

Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak.

Semoga jalan yang mereka pilih ini adalah yang terbaik. Sama-samalah kita doakan..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas