
Trending
Hasrat Keluarga Angkat Bawa Pulang Jenazah Amir Gagal
Oleh
Seperti yang dimaklumkan pihak polis semalam, jenazah adik Amir akan dikebumikan hari ini dan diuruskan waris kandung Amir.
BACA: Ada Kesan Luka Baru Sepanjang 3 Sentimeter Belakang Kepala Amir – Polis
Sebelum ini, keluarga angkatnya berhasrat ingin membawa pulang jenazah adik Amir pulang ke Rawang Selangor untuk dikebumikan di sana. Tapi nampaknya ia tidak dapat dilakukan walaupun mereka telah merayu kepada pihak waris.
Perkara ini dikongsikan oleh kakak angkat arwah di Twitter yang bersedih tidak dapat melakukan apa yang dihajati keluarga mereka.


Permohonan mereka ditolak berikutan tidak mempunyai sebarang hak penjagaan walaupun telah mengasuh arwah adik Amir sejak berusia 2 bulan lagi.

Doakan umi kuat😭 ya semua..kami redha dngn apa yang dah berlaku..dan kami redha..adek x dptt bawak pulang kesana.. pic.twitter.com/k0jg81JHSx
— Tuhfah (@Tupah9) February 1, 2021
Semoga keluarga angkat ini tabah menerima dugaan yang berat ini dan tenanglah wahai Amir di sana, syurga tempatmu.
Kredit: @Tupah9
