Connect with us

Oh! Media

Wanita Menggigil Ketakutan Suami Tiba-Tiba Tersenyum Dan Mengilai Panjang Dalam Kereta

mengilai

Trending

Wanita Menggigil Ketakutan Suami Tiba-Tiba Tersenyum Dan Mengilai Panjang Dalam Kereta

Semalam, tular di platform TikTok memaparkan seorang wanita yang sedang dalam ketakutan merakam suami yang dicintai sedang dirasuk di dalam kereta.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, ketika sedang menuju ke lokasi tempat berubat, wanita berkenaan bersama bayinya berhadapan dengan detik cemas selepas sikap suami berubah secara tiba-tiba.

Selepas itu, lelaki tersebut menghentikan kereta yang sedang dipandu di tengah jalan, lalu menoleh ke arah isteri dengan senyuman yang menyeramkan serta mengilai panjang.

@tiaahhhh282

27.6.24 pengalaman yg tak dpat di lupakan..masa tu tak tahu nk menangis ke nak jerit.. Kami otw nk pergi berubat..sebab suami asyik demam lepas maghrib dah 3 mggu..si dia rasa sesuatu yg tak kena kat bdan dia..dlm perjlanan ke sana n dia drive ye..suddenly something happen..just u imagine dlm kereta tu just ad kau bby n suami je..kau toleh kanan dia dah tersenyum2 pndang kau..tak sampai lg rumah perawat tu..dia dah berhentikan kereta.. Alhamdulillah org kampung ramai dtg..tlg ktorg..aku n bby dah kluar dr kereta tu..sbb aku tkut dia terkam bby..mengigil satu badan..Allah je tahu perasan aku masa tu..

♬ original sound – Aretieqaahh – Aretieqaahh

Sedar suami sudah dirasuk, wanita terbabit bergegas mengambil bayinya keluar dari kereta tersebut dan pada mulanya tiada siapa yang berani mendekati si suami kerana dia bertindak agresif. Susulan itu, dia hanya mampu mengucapkan kalimah suci Allah berulang kali bagi menenangkan diri.

Apabila ditanya kenapa membawa bayinya bersama mereka, wanita yang dikenali sebagai Aretieqaahh itu berkata bayi mereka turut mengalami gangguan mistik, di mana sering menangis ketika waktu tidur.

Kata wanita itu, ini bukanlah kali pertama hal ini terjadi, mereka sudah diganggu sejak zaman masih bujang lagi dan dia memberitahu, gangguan ini bukan saka tetapi hantu raya.

Korang pernah ada pengalaman atau sedang alami perkara mistik macam ni tak?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas