Trending
Gadis Kantoi Buang Sampah Dekorasi Merata Lepas Buat ‘Surprise’ Birthday
Sampai ke hari ini, rupa-rupanya masih ada individu yang kurang sifat ‘common sense’ dalam diri. Buktinya, sekumpulan gadis meninggalkan sampah dekorasi merata-rata selepas membuat sambutan hari jadi di kawasan tumpuan.
BACA: Pengawal Datang ‘Sound’, Ibu Mengandung Kena Kutip Sampah Bertaburan Lepas Buat Gender Reveal
Menerusi perkongsian pengguna TikTok Fiza.husin, dia merakam kawasan sawah padi dipercayai di Sekinchan, Selangor yang tercemar akibat sikap pentingkan diri pelawat.
Bukan setakat sisa dekorasi je, lokasi kegemaran orang ramai untuk bergambar itu juga dicemari plastik makanan yang dibungkus.
Pengguna TikTok itu meluahkan rasa kecewa dan mengingatkan orang ramai untuk saling menjaga kebersihan.
Kemain gambar nak lawa, lepastu tak ada sikap bertanggungjawab dengan semua sampah yang dah di buat. Jangan sampai orang kampung buh pagar je dekat kawasan tu nanti, langsung semua tak boleh masuk. Nak masuk bergambar bayar dulu. Punya ramai kawan-kawan dia dekat situ tak ada sorang pun bawa ‘otak’. Semua bawa ‘sampah’. Useless jadi manusia kalau hal sekecil ‘buang sampah’ pun tak boleh fikir nak buang di tempat yang betul. Hmmm.
Dia juga memberi amaran kepada golongan mentaliti rendah supaya tidak mengunjungi tempat sebegitu. Iyalah, lepas dah seronok ambil gambar cantik-cantik, terus tinggal sampah macam tu je!
Setakat ini video perkongsian telah menerima hampir 2 juta tontonan dan ribuan komen daripada orang ramai.
Kredit: TikTok @fizahusin_
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM