Connect with us

Oh! Media

Nor Hidayah Minta Bantuan, Dakwa Diri & Anak Disihir Sejak Abam Bocey Meninggal

C40f533a 5775 4712 8f91 25254570469e

Oh! Artis

Nor Hidayah Minta Bantuan, Dakwa Diri & Anak Disihir Sejak Abam Bocey Meninggal

Selepas lebih 3 tahun pelawak, Abam Bocey meninggal dunia, balu arwah, Nor Hidayah secara tiba-tiba mendakwa dirinya dan anak Hamzah telah disihir sejak itu.

Dakwaan itu didedahkan Dayah dalam satu video di Instagram yang turut meminta bantuan semua untuk berkongsi pengamal perubatan yang terbaik buat mereka.

Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati / merawat masalah yang dayah dan hamzah.

Disihir & ganguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini. mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abg dayah di talian 0133548178 en. Azmir.

Dayah bagaimanapun tidak mendedahkan sesiapa yang melakukan perbuatan terbabit. Diharapkan Dayah dan Hamzah sentiasa dalam lindunganNya dan tidak perlulah kita menuduh sesiapa. Jika benar ada yang tergamak lakukan perkara terkutuk, kita doakan sahaja Allah membalasnya.

IKLAN

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas