Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Maut, 16 Cedera Dalam Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori Di PLUS

Ohmedia bas Kemalangan Lori

Trending

Dua Lelaki Maut, 16 Cedera Dalam Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori Di PLUS

Dua penumpang maut dan 16 cedera apabila bas dinaiki bertembung dengan lori.

Awal pagi Khamis, satu kemalangan telah berlaku di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan membabitkan sebuah bas persiaran dan dua buah lori.

Lapor Sinar Harian, kemalangan telah meragut dua nyawa dan mencederakan 16 penumpang lain.

Dua penumpang tersepit dan maut di lokasi

Bas yang membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita itu dipercayai terbabas selepas bertembung dengan lori tunda jenis Volvo dan lori tangki.

IKLAN
Kemalangan

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Md Isa Masngun, pihaknya bersama BBP Yong Peng bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam.

Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati dua penumpang lelaki bas berusia 43 dan 44 tahun tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian.

Dalam insiden itu, 14 penumpang lelaki, seorang penumpang wanita serta pemandu bas dilaporkan cedera.

Manakala 27 penumpang lelaki dan seorang penumpang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara itu, pemandu lori tunda berusia 42 tahun dan pemandu lori tangki berusia 33 tahun turut terselamat dalam kemalangan tersebut.


Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas