Trending
(Video) Teguran Suhaimi Saad Mengenai Pahala Solat Jemaah Jentik Jiwa Ustaz Ahmad Dusuki
Oleh
Pemergian bekas anggota In-Team, Suhaimi Saad kerana jangkitan paru-paru mengundang rasa hiba rakyat Malaysia.
BACA: “Arwah Tinggalkan Pesan Minta Maaf Kepada Semua Orang” – Ina Naim
Meskipun pandangan peribadi selebriti itu mengenai beberapa perkara mengundang kontroversi, Suhaimi juga dikenali sebagai figura yang berhati mulia.
Buktinya, beliau sangat menitip beratkan didikan agama terhadap keluarga antaranya solat berjemaah, mengaji al-Quran dan berzikir.
@asmat_fikri Pesanan terakhir Allahyarham Suhaimi Saad.. yang baik kita ambil jadikan tauladan. semoga diampunkan dosa beliau dan arwah ditempatkan bersama para solihin.. Alfatihah… Jom amalkan solat berjemaah🤲 #suhaimisaad #solatjemaah #pesananakhir #ss #solat ♬ original sound – nurnuha
Malah, tular rakaman video dari sesi live menunjukkan Suhaimi mengajak para pengikut media sosialnya supaya mengamalkan solat berjemaah.
Belajarlah solat berjemaah, dua orang pun tak apa. Dua orang pun dikira jemaah, seorang imam seorang lagi makmum.
Beliau menghitung pahala berjemaah jika dibandingkan dengan solat secara bersendirian. Beliau sendiri mula berjemaah sejak dari bangku sekolah dan mengajar anak-anaknya hal yang sama.

Pesanan arwah turut menjentik jiwa pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, teguran itu memberi tamparan kepada mereka yang sibuk mengira keuntungan wang ringgit tetapi jarang mengira nilai ibadah untuk bekalan akhirat.
Pendakwah ini berdoa semoga segala amalan kebaikan yang pernah dilakukan arwah menjadi kemudahan untuknya di akhirat.
Kredit: Ustaz Ahmad Dusuki | TikTok @asmat_fikri
