Connect with us

Oh! Media

(Video) “Seram Weh!” – Wanita Cerita Detik Cemas Dikejar Lelaki Paksa Orang Sedekah Duit

detik cemas

Trending

(Video) “Seram Weh!” – Wanita Cerita Detik Cemas Dikejar Lelaki Paksa Orang Sedekah Duit

Siapa tak cuak kalau anda tiba-tiba sahaja dikacau atau dikejar oleh orang yang tidak dikenali, tambah-tambah kalau wanita pula dan tidak berteman.

ADVERTISEMENT

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang khabarnya telah dikejar seorang peminta sedekah hanya kerana enggan memberi wang derma kepadanya.

Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai @mya_ashwarofficial ini, dia telah dikejar seorang lelaki berbaju biru dipercayai peminta sedekah setelah cubaan mengemis gagal.

@mya_ashwarofficial Sumpah seram, selalu tgk video org je. Ni kena kat diri sendiri😣😣 #fyp #foryoupage #fypシ #beware ♬ original sound – Mya 💍🧕🏻

Sebenarnya dia nak minta sedekah je. Tapi bila saya cakap tak ada maksudnya dia akan faham. Lepas tu boleh terus pergi. Tapi ni tak dia kejar saya tau macam mendesak.- Terang Mya di bahagian komen.

Lebih panik, ketika kejadian Mya berseorangan di dalam kereta dan bernasib baik kerana lelaki tersebut tidak bertindak agresif.

TikTok pengemis kejar

Tambah mengejutkan, dalam hantaran video yang lain menyaksikan bukan sahaja kaum lelaki yang bertindak melakukan perkara yang sama tetapi juga perempuan.

Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas aktiviti mengemis secara paksa ini kerana bimbang akan membahayakan keselamatan orang awam yang lain terutamanya buat kaum wanita.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas