Connect with us

Oh! Media

(Video) Pengantin Perempuan Meraung Bekas Kekasih Datang Majlis Kahwin

Trending

(Video) Pengantin Perempuan Meraung Bekas Kekasih Datang Majlis Kahwin

Kalau korang still lagi sayang dekat ex korang, dan tiba-tiba dia datang tengok korang waktu hari korang kahwin dengan pasangan baru, agak-agak apa reaksi korang? Silap-silap boleh meraung macam kes yang ini tau!

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/naimazharrr/status/1338058541580447744

Ohmedia ingatkan prank, rupa-rupanya ia betul-betul terjadi di Lombok Timur, Indonesia. Alahai, kesian pula bila tengok pengantin perempuan tersebut meraung dan menangis teresak-esak atas pelamin. Tapi, kesian juga dengan pengantin lelaki, mesti dia terasa bila tengok isteri menangis teruk sebab lelaki lain.

Dalam video tersebut, seorang lelaki berkemeja hitam yang dikenali sebagai Dayat telah naik ke pelamin untuk ucapkan selamat pada kedua-dua pasangan mempelai. Bahkan, Dayat siap peluk lagi pengantin lelaki sebagai tanda support. Tapi, tak pasal-pasal pula pengantin perempuan dekat sebelah jadi tak keruan, menjerit-jerit sampai pengsan.

Kata Dayat, dia hadir ke majlis tersebut bukannya sebab nak buat kecoh. Sebaliknya, dia memang dijemput oleh pasangan pengantin sendiri. Bahkan, dia berbesar hati untuk meraikannya. Hm, kalau dah tahu tak ready nak jumpa, kenapalah pergi jemput pula si Dayat.

“Saya datang ke sana kerana diundang, saya hargai. Niat saya baik datang ke sana, malah saya rela datang dari Lombok Barat ke Lombok Timur untuk lihat kedua-dua mempelai tersenyum manis. Jika dia bahagia, saya pun turut bahagia.” – katanya.

Bila dah jadi kecoh macam tu, para tetamu pun terus bawa Dayat beredar dari majlis tersebut. Kecoh tau hal ini di Indonesia, sampaikan Dayat kena buat ‘press conference‘ untuk cerita hal sebenar di media sosial. Dayat siap mohon maaf sebab sejujurnya dia tak sangka pun hal akan jadi teruk macam ni.

https://twitter.com/1997dt/status/1338453650436280325

Haih, sebab tu orang kata, hati manusia ni memang complicated. Takpelah, ambil masa masing-masing untuk tenangkan diri ya. Kami di ohmedia doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Kredit: Kompas.com, Twitter

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas