Connect with us

Oh! Media

(Video) Letak Kenderaan Sesuka Hati, Warganet Puas Hati Lihat Toyota Vellfire Disagat Bas

befunky collage

Trending

(Video) Letak Kenderaan Sesuka Hati, Warganet Puas Hati Lihat Toyota Vellfire Disagat Bas

Amalan meletak kenderaan secara sesuka hati di tempat awam dapat dilihat sering saja berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

BACA: “Dua-Dua Kalut” – Tuan Rumah Pulang Ketika Mencuri, Kelam Kabut Pencuri Larikan Diri

Tindakan tidak bermoral itu seringkali akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Lagi-lagi kalau kereta itu ditinggalkan tanpa pemandu.

IKLAN

Padah meletakkan kenderaan sesuka hati

Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter Isu Semasa Viral yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire meletakkan kenderaan secara sesuka hati dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Menerusi video tersebut, kenderaan jenis MPV itu disagat oleh sebuah bas yang dilihat sukar untuk melalui jalan tersebut selepas pemandu kenderaan tersebut meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya.

Penat nak menjawab dengan majikan

Melalui video asal yang dimuatnaik pengguna ayin8686 di TikTok, difahamkan kenderaan mewah itu merupakan milik majikan kepada individu yang memarkir kenderaan tersebut yang bekerja sebagai seorang pemandu peribadi.

Ketika kejadian, difahamkan juga pemandu tersebut sedang menunggu untuk mengambil majikannya di sebuah pusat membeli-belah.

@ayin8686 Hati semua sahabat#kamibudakbarubelajar #pilotdaratmalaysia #abgpilotdarat ♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

Nak ‘claim’ insurans pon tak lepas

Video yang tular itu mendapat respon warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka berpuas hati melihat video yang tular itu kerana ia merupakan kesalahan yang terang-terang dilakukan pemandu berkenaan.

screenshot 2022 06 07 at 112821
screenshot 2022 06 07 at 112830
screenshot 2022 06 07 at 112852
screenshot 2022 06 07 at 112858

Habislah pemandu tu, apa lah nak dijawab pada majikannya.

Kredit: Twitter Isu Semasa Viral | TikTok ayin8686

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas