Connect with us

Oh! Media

“Dua-Dua Kalut” – Tuan Rumah Pulang Ketika Mencuri, Kelam Kabut Pencuri Larikan Diri

Oh! Tidak

“Dua-Dua Kalut” – Tuan Rumah Pulang Ketika Mencuri, Kelam Kabut Pencuri Larikan Diri

Hal-hal berkaitan dengan kecurian ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari. Lebih-lebih ia sering berlaku ketika ketiadaan kita di rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Diserang Sawan Ketika Memandu, Pemandu Kemalangan Dengan 9 Kenderaan Lain

Pencuri kalut, tuan rumah pon kalut

@malaysianupdatenews Dua-dua panik 🤣 #malaysianupdate #videoviral #luarnegara ♬ Panik Gak – DJ Cantik

Tular di TikTok, video menunjukkan seorang pencuri yang sedang melakukan cubaan untuk mencuri sebuah motorsikal yang diletakkan di dalam sebuah rumah.

Dipercayai, tiada seorang pun penghuni yang berada di rumah itu ketika pencuri itu mencuba untuk mencuri motorsikal itu.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat secara tiba-tiba, seorang lelaki yang dipercayai merupakan tuan rumah pulang ke rumah tersebut sekaligus menyebabkan pencuri itu kelam kabut melarikan diri bersama seorang lagi rakan yang sedang menunggu di luar rumah.

Netizen terhibur

Meskipun ia merupakan perkara yang serius kerana melibatkan kecurian, namun rata-rata netizen terhibur melihat rakaman cctv tersebut. Ada juga yang berseloroh bahawa tuan rumah itu pasti akan berlagak seperti wira apabila bercerita tentang kejadian ini bersama orang lain kelak.

Kredit: TikTok malaysianupdatenews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas