
Trending
(Video) Lelaki Seronok Dapat Bawa Balik Baju Dalam Jiran Wanita Tanpa Sedari Aksi Dirakam CCTV
Oleh
Kecoh di media sosial bila tersebar rakaman video seorang lelaki ‘kantoi’ mencuri baju dalam di ampaian yang diletakkan di hadapan sebuah rumah.
Dalam video itu, seorang lelaki berpelitup muka telah memasuki kawasan rumah berkenaan dan mendekati ampaian kain sebelum mengambil sehelai baju dalam yang disidai. Lelaki itu kemudian cepat-cepat melarikan diri tanpa menyedari ada CCTV yang sedang merakam aksinya itu.
Hati-hati ye orang perempuan. Kejadian berlaku di salah satu perumahan di Kampar. Nak nasihat sikit, bila dah kering tambah sebelum malam angkat pakaian dari ampaian dan jangan lupa kunci pagar juga.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 28, 2022
📹 Angel Lee pic.twitter.com/SMjVVRL6lH
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seriau kerana masih ada yang berani melakukan perbuatan itu dan seolah-olah tidak takut akan undang-undang.

Ada juga yang meninggalkan pesanan agar orang ramai khususnya kaum wanita untuk segera mengangkat jemuran dan tidak membiarkan semalaman di luar bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku.
Ini berikutan ramai yang bimbang jika baju-baju yang dicuri itu digunakan untuk perkara yang tidak elok. Risau la kan macam-macam sekarang ni..
Kredit: Twitter
